Semperit Klasik & Tart Gulung Ikut Sukatan Cawan. Ikut Langkah Betul Gerenti Jadi

Share

Rasa teringin nak makan biskut memangil-mangil. Kali ni tekak terasa nak makan biskut lama iaitu semperit. Kadang tak dapat makan yang sesedap rasa. Biskut tart gulung pun kegemaran juga. Memang dua biskut ni kalau dapat yang sedap memang boleh layan sebalang.


Semperit klasik
Bahan 1
250 gram marjerin / butter
3/4 cawan gula / dimesin halus
2 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla
Gaul bahan 1 bagi rata

Bahan 2
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard

Cara membuat:
1.Campur bahan 1 dan 2 gaul sebati dan tak lekat di tangan. Saya guna acuan Semperit pecah 15.
2.Bakar api atas bawah suhu 160.


Tart gulung
Bahan 1
250 gram butter-BELI ONLINE DI SINI
1 biji kuning telur
1 sudu teh gula halus
3 sudu teh susu pekat
1 sudu esen vanilla

Cara membuat:
1. Campur semua kacau dengan senduk agar sebati.

Bahan 2
3 1/2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh tepung kastard

Cara membuat:
1.Campur semua, masukkan dalam bahan 1. Gaul sampai jadi doh yang lembut. Kalau lembik tambah tepung gandum sikit-sikit sampai dapat doh yang sesuai dan mudah tekan pada acuan.

Cara buat inti:
1.Tiga biji nenas ambil isinya.
2.Blend tapis ambil isinya.
3.Letak pewarna kuning sikit nak bagi cantik sikit jemnya.
4.Masak dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau, bila pekat sikit masukkan gula ikut cita rasa masing-masing.

Kredit: Yati Yati

IKLAN