Makan

Semperit Kelapa, Biskut Raya Tak Lapuk Dek Zaman

Share

Memang pelik rasanya kalau tiada Biskut Semperit Kelapa di dalam balang kuih. Antara biskut yang wajib ada di atas meja! Yang best makan biskut ini kerana ia mencair di dalam mulut. Baunya juga harum dek penggunaan mentega dan juga kelapa. Semestinya biskut ini menggunakan Anchor Unsalted Butter, 100% mentega tulen New Zealand yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi. Memang puas hati kalau dapat buat biskut ni. Jom cuba nanti.

SEMPERIT KELAPA

Bahan-bahan:

  • 250gram Anchor Unsalted Butter
  • 200gram tepung jagung
  • 140 tepung kastard
  • 50gram tepung gandum
  • 100gram kelapa kering
  • 100 gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Hirisan ceri – pilihan

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk; satukan Anchor Unsalted Butter, gula kastor dan esen vanilla. Pukul hingga lembut dan sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung kastard & kelapa kering. Kaup balikkan sebati hingga jadi doh yang lembut.
  4. Masukkan doh dalam acuan semperit kemudian terap ke atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas parchment. Jika suka boleh hias dengan potongan ceri.
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-18 minit atau hingga biskut masak. Sejukkan.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

IKLAN