Seleksi Jenis Sambal Yang Sedap & Mudah Disediakan

Share

Orang kita memang cukup suka padankan hidangan lauk pauk dengan sambal. Segala jenis sambal ada, namun yang paling popular ialah sambal belacan.

Kali ini, Rasa kongsikan seleksi jenis sambal yang ada dan mudah disediakan, hasil daripada perkongsian Kak Zu. Memang nampak sedap!

 

SAMBAL GESEK NEGERI SEMBILAN

BAHAN-BAHAN:

30 biji cili burung kampung
4 biji cili api merah – beli online di sini
½ cawan ikan bilis
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 biji perahan limau nipis

CARA MEMBUAT:

1. Tumbuk/chopper cili api dengan garam dan gula. Tumbuk kasar ye. Jangan lumat sangat.
2. Kemudian masukkan ikan bilis, tumbuk lagi hingga separuh hancur. Akhir sekali, perahkan air limau nipis. Siap.

 

SAMBAL BELACAN SIAM

BAHAN-BAHAN:

2 biji cili masak
20 biji cili api
10 biji cili api merah siam


Belacan
1 sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil ajinomoto
Air asam secukupnya
5 sudu cuka makan
½ biji bawang holland – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai sebati.
2. Air asam tu agak-agak nak cair atau pekat sambal ya. Jangan kisar hancur sangat tau.
3. Biar ada bahagian yang kasar-kasar tu. Baru syok bila makan gigit-gigit cili tu. Rasanya sebiji rasa macam sambal di kedai tomyam.

 

SAMBAL TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

1 biji cili masak
20 biji cili api
10 biji cili api siam merah
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula (kalau tempoyak dah manis, letak gula sikit je cukup)
½ cawan ikan bilis | dibasuh

CARA MEMBUAT:

1. Tumbuk/kisar dalam chopper kesemua bahan. Dah hancur masukkan ikan bilis.
2. Chopper lagi ikan bilis tu bagi separuh hancur. Akhir sekali, campurkan dengan tempoyak manis.

 

SAMBAL LIMAU

BAHAN-BAHAN:

1 biji cili masak
20 biji cili api
10 biji cili api siam
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Belacan
2 biji limau nipis

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMBUAT:

1. Tumbuk/kisar dalam chopper kesemua bahan dan akhir sekali perahkan perahan limau.
2. Jangan masukkan air ye, nanti sambal cepat berubah rasa. Sambal akan tahan lama dalam peti sejuk.
3. Sambal ni boleh buat lauk juga. Kalau dah bosan sangat tak tahu nak masak apa, ambil ikan atau ayam, gaul garam dan kunyit. Kemudian letakkan sambal ni di bahagian atas dan masak dalam air fryer.

 

SAMBAL MANGGA

BAHAN-BAHAN:

1 biji cili masak
20 biji cili api
10 biji cili api siam
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Belacan
Buah mangga/bacang/kuinin | diracik-racik

CARA MEMBUAT:

1. Tumbuk/chopper kesemua bahan kecuali mangga. Jangan masuk air tau. Dah hancur, baru masukkan mangga.
2. Gula boleh ditambah jika mangga tak cukup manis atau sambal pedas sangat.

 

KUAH ASAM KERISIK

BAHAN-BAHAN:

Cili api hijau
Cili api merah
Cili masak
Bawang besar
Buah tomato
(semua dihiris)

BAHAN KISAR:

Bawang besar
Cili api
Air asam jawa
Belacan

CARA MEMBUAT:

1. Lenyekkan dan ramas-ramas dua bahan ni dengan air. Semua bahan disatukan.
2. Masukkan kerisik. Sesuaikan rasa gula dan garam serta bahan perasa.
3. Gula letak lebih sikit. Masukkan limau kasturi yang dibelah 2. Sukatan agak-agak, ikut citarasa dan kepekatan ya.

 

SAMBAL PICIT

BAHAN-BAHAN:

Air asam jawa
Cili api
Belacan
Garam & gula secukupnya
Ajinomoto

CARA MEMBUAT:

1. Picit-picitkan cili padi dan belacan dalam air asam jawa. Kalau suka, tambahkan perahan limau nipis.
2. Akhir sekali, masukkan ikan pelaling rebus. Warna sambal ini bergantung pada jenis asam jawa dan belacan. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto.

Kredit resipi: Kak Zu

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN