Orand dulu dulu manalah ada jem, mentega kacang, nutella dan pelbagai sapuan roti lain. Roti semuanya disapu sekaya atau marjerin. Generasi lama sekaya atau seri kaya lah paling popular. Dapat roti bakar sapu sekaya, perggh terangkat lah sedapnya macam kat kedai kopitiam.
Jadi inti pau pun sedap sangat ni. Ni resipi perkongsian dari Noor Lifa Ayub, dengan sukatan 10 biji telur, wah memang puaslah makan. Ramuannya pun ringkas sangat, hanya empat bahan aje.
SEKAYA @ SERIKAYA
.
Ads
BAHAN-BAHAN :
10 biji telor ayam gred B
1 kg gula (ambil satu cawan untuk buat gula hangus)
Santan kelapa dari 1 biji kelapa (1 periuk kecil)
3 sudu makan tepung gandum
(gula, telor dan tepung gandum dikisar)
CARA MEMASAK : 1.Gula yg secawan tu dijadikan gula hangus. Bila gula dah cair, masukkan santan dan kacau lagi. Usah berhenti untuk mengelakkan gula hangit. 2.Bila gula hangus yang diletakkan santan tadi dikacau, masukkan bahan yang diksar tadi. 3.Kacau dengan api yang perlahantanpa henti, sampai keluar gelembung. Emppunya resipi masak 1/2 jam kacau tanpa henti. selamat mencuba .
Ads
Kredit Resepi : noor lifa ayub
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH. JOM LAYARI DI SINI, PELBAGAI PILIHAN MENANTI DENGA HARGA MENARIK.
Nasi Goreng Sotong perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahannnya cukup mudah. Bagi anda yang suka sangat makan nasi goreng, resipi ni adalah salah satu yang perlu anda cuba. Memang membuka selera. Tak perlu dah makan dekat kedai. Masak sendiri lagi sedap. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI GORENG SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN: Nasi putih – sukatan 3 orang makan 3 ekor sotong – hiris 4 biji cili padi 3 ulas bawang putih – beli online disini 3 biji bawang merah – beli online disini 1 sudu makan cili kering kisar – beli online disini 1 sudu teh udang baring / udang geragau – beli online disini Garam dan gula secukup rasa 2 biji telur Hirisan sayur pilihan – kubis/ petai/kacang panjang secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan udang geragau hingga lumat.
2. Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk bersama cili kering kisar hingga wangi dan garing.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
4. Pecahkan telur.
5. Kacau hingga rencah menjadi sebati dan bergaul sebegini.
6. Masukkan nasi dan juga hirisan sotong. Kacau semua hingga bergaul rata.
7. Bila nasi sudah bergaul sempurna, masukkan hirisan kubis dan kacang panjang. Kacau lagi.
8. Seterusnya masukkan petai (jika ada). Gaul lagi hingga sayur masak dan sedikit layu.
9. Rasa nasi goreng. Jika semua perasa sudah cukup, angkat dan hidangkan.
Setelah puas menjamu selera nasi dan lauk pauk, biskut dan manisan buffet pasti jadi kudapan di Hari Raya. Jom ambil inspirasi daripada variasi menu manisan, pastri dan kek yang diilhamkan oleh barisan Chef di The Pearl Kuala Lumpur Hotel yang diketuai Chef Pastri Wan Kaisa Ibrahim.
KETUA PASTRI CHEF WAN KAISA IBRAHIM, MUHAMMAD SYAMSUL FITRI ABD JALIL, NUR FARHANA MOHD SAID & MOHDHAZRIL ROAIZAD
1. BITTER CHOCOLATE ÉCLAIR WITH CHOCOLATE GANACHE & PRALINOSA
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan eclair :
Bahan coklat ganache & pralinosa filling :
CARA MEMASAK :
Cara masak éclair: 1. Campurkan susu segar, air, garam ,gula dan mentega ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. 2. Setelah mendidih , kecilkan api dan masukkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan sambil dikacau. 3. Kacau hingga tepung masak dan adunan tidak melekat di periuk. 4. Masukkan bahan-bahan yang telah dimask tadi ke dalam mixer dan pukul sehingga adunan menjadi suam. 5. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan dan pukul hingga aduan menjadi melekit (sticky). 6. Paipkan adunan di atas dulang dilapik kertas minya dan paip bentuk éclair 7. Masukkan dulang pembakar ke dalam oven dengan suhu 160- 165 C se;a,a 35 minit. Keluar dan ketepikan
Cara masak inti coklat ganache dan pralinosa : 1. Masak krim masakan hingga mendidih. 2. Campurkan mentega dan coklat gelap ke dalam satu mangkuk. 3. Setelah mendidih tuang krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati. Elakkan dari menuang terus ke mentega. 4. Masukkan ke dalam chiller dan biarkan selama satu malam 5. Campurkan pes hazelnut ke dalam adunan yang telah disimpan selama satu malam itu.
Cara penyediaan bitter coklat eclair : 1. Buat lubang kecil di tengah eclair kemudian paipkan inti ke dalam eclair. Pastikan inti tidak terlalu keras atau cair untuk lebih mudah dipaipkan. 2. Celup permukaan eclair dengan coklat gelap yang dicairkan dan hiaskan mengikut citarasa.
Saiz hidangan : 25 ketul Waktu memasak : 35 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pastri Keistimewaan : Pastri lembut cair di mulut dengan inti coklat pralin yang lazat Anggaran kos : RM 21
INFO CHEF : Ketika membakar eclair pastikan ianya betul-betul masak keseluruhannya baru dikeluarkan dari oven. Jika tidak eclair tidak kembang dan menjadi kecut dan leper.
2. DOUBLE CHOCOLATE MOUSSES WITH CHOCOLATE GANACHE
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan coklat mousses :
Bahan coklat ganache :
CARA MEMASAK :
Cara masak mousse 1. Masakkan krim masakan sehingga mendidih dan tuang ke dalam coklat gelap dan kacau hingga cair sepenuhnya, 2. Campurkan gelatin dan air dan kacau hingga sebati sehingga tidak berketul. Kemudian tuangkan ke dalam adunan coklat tadi dan kacau hingga sebati. 3. Masukkan adunan ke dalam chiller selama 10-15 minit. 4. Pukul krim putar sehingga kembang dan campurkan ke dalam adunan coklat yang sejuk tadi dengan menggunakan kaedah ‘fold in’. 5. Paipkan ke dalam bekas yang ingin digunakan dan simpan dalam chiller selama 30 minit atau sejam.
Cara masak coklat ganache : 1. Masak krim masakan hingga mendidih. 2. Campurkan mentega dan coklat gelap dalam satu mangkuk 3. Setelah mendidih tuang krim masakan ke dalam campuran tadi dan kacau hingga sebati. Elakkan dari menuang terus pada mentega. 4. Paipkan ke dalam bekas adunan coklat tadi. 5. Masukkan ke dalam chiller sekejap semasa suam lagi tuangkan atas mousse.
Saiz hidangan : 22 cawan bekas plastik, 30ml setiap satu Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Didih dan Chill Jenis masakan : Mousse Keistimewaan : Lembut dan cair di mulut, sedap dimakan sejuk Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Ketika mencampurkan krim putar dan adunan coklat pastikan anda menggunakan cara ‘fold in’ (kaup balik) dan kacau dengan perlahan.
3. ORANGE MARSHMELLOW DIP WITH DARK CHOCOLATE
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Masak air dan gula sehingga suhu 121 darjah celcius. 2. Masukkan gelatin dan air sejuk ke dalam mixer dan kacau hingga tidak berketul. 3. Setelah air dan gula tadi telah siap, tuangkan perlahan-lahan ke dalam mixer (berisi larutan gelatin dan air), pukul dengan kelajuan yang laju. 4. Masukkan perisa oren (flavour) ke dalam mixer. 5. Sediakan satu bekas dan lapik dengan kertas minyak 6. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam bekas yang ingin digunakan dan ratakan marshmellow. Kemudian tutup marshmellow dengan kertas minyak di permukaannya. 7. Simpan dalam suhu bilik selama semalam.
Cara hiasan: 1. Potong marshmellow bentuk empat segi. 2. Celup dengan coklat gelap kompound yang telah dicairkan.
Saiz hidangan : 1 dulang ukuran 30sm lebar x 40cm, tinggi 3 sm Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Masak atas api Jenis masakan : Marshmellow Keistimewaan : Enak dengan rasa oren dan coklat Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Ketika masak gula dan air pastikan suhu tidak lebih dari yang ditetapkan, gula akan menjadi karamel dan marshmellow akan cair jika terlebih suhu.
4. CAKE BATIK INDULGENCE
BAHAN-BAHAN:
Bahan lapisan bawah (kek batik):
Bahan lapisan tengah ( white chocolate mousses):
Bahan coklat ganache :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!