Sekali Cuba Asyik Teringat. Ini Resipi Nasi Goreng Pattaya Special Paling Sedap

Share

Nasi Goreng Pattaya. Menu gerai masakan panas yang menjadi kegemaran ramai. Hidangan ini biasanya disajikan dengan nasi goreng yang dibungkus bersama telur dan kemudiannya diletakkan sos cili. Ringkas sahaja. Namun jika dibeli, ada kalanya rasa kena dengan selera dan begitulah juga sebaliknya. Menerusi perkongsian saudara Wan LuQman, beliau berkongsi resipi Nasi Goreng Pattaya versi istimewa. Nampak sedap dan menyelerakan. Jom lihat bahan-bahannya.

CARA MASAK NASI GORENG PATTAYA SPECIAL

BAHAN-BAHAN:
Nasi goreng – boleh guna apa sahaja resipi nasi goreng kegemaran
Telur
200gm daging – hiris nipis
Hirisan halia & cili merah


Sedikit hirisan bawang Holland beli online disini
1-2 ulas bawang putih – diketuk
Cili padi – diketuk
2 sudu makan sos tiram beli online disini
1 sudu makan sos nampla / sos ikan beli online disini
Secubit lada hitam beli online disini
Lobak merah secukupnya
Sedikit gula
Bancuhan air tepung jagung

CARA MEMASAK:
1.Masak nasi goreng terlebih dahulu. Sediakan nasi goreng biasa sudah cukup janji sedap. Jika buat nasi terlalu istimewa dan banyak lauk, nanti susah untuk dibungkus. (resipi nasi goreng empunya resipi cukup ringkas: tumis bawang dan cili kisar. Masukkan kicap manis, garam, gula, nasi sejuk dan sedikit daun sup. Goreng rata)

2. Bila nasi goreng telah masak, sejukkan terlebih dahulu. Kemudian masak telur dan
bungkus nasi goreng tadi dengan kemas mengikut kreativiti masing-masing. Ketepikan.

3. Untuk menyediakan Daging Masak Halia, tumis bawang putih, lobak merah dan cili. Boleh tambah hirisan lada benggala jika ada. Jika anda guna daging yang lambat empuk, sebaiknya tumis daging bersama bawang putih terlebih dahulu supaya lembut.

4. Kemudian masukkan hirisan daging dan halia. Pastikan daging dihiris nipis.

5. Tambahkan secubit serbuk lada hitam.

6. Masukkan juga sos nampla @ sos ikan dan juga sos tiram.

7. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.

8. Masukkan sedikit sahaja air untuk mendapatkan kuah.

9. Boleh tambah perasa ini jika suka.

10. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland. Gaul rata dan siap untuk dihidang.

11. Tuang Daging Masak Halia diatas bungkusan Nasi Goreng dan hiaskan dengan bawang goreng serta daun sup.

 

Kredit resipi & foto: Wan LuQman

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN