Segarkan Tekak Tetamu Dengan Air Cocktail Bandung Buah-buahan, Senang Je Nak Bancuh

Share

Bila tetamu datang bertandang ke rumah, cuaca pula panas, tentunya minuman sejuk paling sesuai untuk dihidangkan untuk membasahkan tekak. Air Cocktail Bandung Buah-buahan paling sesuai disajikan. Lengkap dengan rasa lemak-lemak susu dan manisnya buah-buahan campur, bayangkan betapa nikmatnya bila diminum. Ayuh kita cuba resipi Air Cocktail Bandung Buah-buahan seperti yang dikongsikan oleh Ira Idris

RESIPI AIR COCKTAIL BANDUNG BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN:

1 tin laici
1 tin buah-buahan campur
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
Perasa sirap
Ais batu

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan semua bahan (tambah sedikit air jika hendak kurangkan manis)

2. Tambah ais batu. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Ira Idris

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN