Sedapnya Wantan Mee Kicap & Sup Ni. Buat Makan Lunch Memang Best!

Share

BAHAN-BAHAN:

BAHAN WANTAN:

  • Kulit wantan segera (beli di pasaraya)
  • 2 keping dada ayam (dicincang. Boleh ganti dengan isi udang cincang).
  • 1/2 biji bawang holand |diracik
  • Sedikit lobak merah | diracik
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit daun bawang | diracik halus

 

CARA-CARA:

1. Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.

2. Ambil kulit wantan, letakkan isi ayam yang digaul tadi di tengah-tengah kulit wantan.

3.  Letakkan sedikit air dikeliling kulit wantan dan bunjutkan. Buatkan juga wantan bersaiz tiga segi.

4. Panaskan minyak dan goreng wantan yang dibunjut tadi hingga garing. Wantan yang berbentuk 3 segi dikukus hingga masak. .

 

BAHAN SUP WANTAN:

  • 2 gelas air (boleh lebihkan jika mahu banyak kuah)
  • Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
  • Bebola ikan
  • 1 sudu teh pati ayam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1cm halia | dihiris nipis
  • 2 sudu makan minyak bawang putih
  • Garam cukup rasa

 

CARA-CARA:

1. Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan wantan).

2. Akhir sekali baru masukkan bebola & wantan. Biar mendidih sekali lagi. Padamkan api.

BAHAN MEE KICAP:

  • 1 paket mee wantan
  • 4 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap cair/manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu teh lada sulah

CARA-CARA:

  1. Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
  2. Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
  3. Hidangkan mee tadi bersama wantan goreng, cili jeruk dan sup wantan.

 

Kredit resipi & gambar: AliyaFarhana Chomeyy 

IKLAN