Sedapnya Sambal Bilis Crispy, Tak Sedar Dah Habis Sebalang

Share

Mencari kudapan yang sedap, tapi adakala tak memenuhi cita rasa. Namun, keenakan sambal bilis crispy ini pasti tak dapat ditolak. Rasanya pedas manis, rangup pula tu. Sambil tengok tv, dalam tak sedar dah habis sebalang. Memang sedap sangat.

Kalau nak beli selalu, mungkin makan modal juga. Jadi, untuk dapatkan kuantiti yang lebih banyak dan boleh menikmatinya selalu, kita hanya perlukan sedikit sahaja usaha. Kita buat sendiri. Mudah je. Ikuti perkongsian resipi sambal bilis crispy daripada Ziela Mazlan

yang buat anda tak boleh berhenti mengunyah.

BAHAN-BAHAN:

Ikan bilis – Boleh beli online di sini

Kacang tanah – Boleh beli online di sini

Bawang goreng

Cili kering – Boleh beli online di sini

Kiub ayam – Boleh beli online di sini

Garam dan gula

*Bahan boleh agak-agak untuk banyak mana kuantiti yang kita inginkan.

CARA MEMASAK:

Gorengkan ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.

Goreng pula kacang tanah dan ketepikan.

Gorengkan bawang untuk dijadikan bawang goreng. Jika tidak, beli sahaja yang ada di pasaran. 

Setelah itu, cuci bersih cili kering. 

Gorengkan pula cili kering lalu dikisar kering. Ketepikan.

Pecahkan kiub ayam dalam minyak panas. Kadar minyak tu boleh agak-agak saja seperti kita nak menumis sambal. Kacau sebati dalam api yang sederhana.

Masukkan cili kering goreng yang telah dikisar kering tadi. Boleh guna chopper. Kacau sebati bersama dengan kiub ayam tadi.

Perasakan dengan garam dan gula. Pastikan secukup rasa ye.

Tutup api dan dan biarkan sambal betul-betul sejuk baru masukkan ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan bawang goreng. Gaul sebati dan dah siap.

Rasanya sama saja seperti mana kita beli di luar.

Bezanya kita boleh adjust tahap kepedasan cili, rasa manis gula dan masinnya, serta kuantiti yang kita inginkan sekiranya kita ingin buat stok lebih. Selamat mencuba.

Kredit: Ziela Mazlan

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN