Sedapnya Pizza Roti Tanpa Bakar Ni, Jom Buat!

Share

Pizza Roti

ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Lepas ni kalau ada roti sandwich hampir tamat tempoh atau tak habis dimakan, tak risau dah sebab boleh masak menu ni. Masak pun guna dapur je.
Nak cuba buat untuk anak-anak? Saudari Tyra Manan ada kongsikan resipinya. Jom cuba! Dijamin semua suka. Malah intinya juga boleh dipelbagaikan mengikut selera masing-masing.

RESIPI PIZZA ROTI TANPA BAKAR PALING MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
3 keping roti sandwic
4 keping keju Cheddar – boleh tambah/ganti dengan keju Mozzarella
Sos cili beli online disini
Sos Bolognese beli online disini
Mayones beli online disini
2 biji telur
Mentega
Sosej & Filamen Ketam (boleh ditukar dengan bahan lain)

CARA MEMASAK:
1. Celur sosej & filamen ketam seketika. Kemudian potong kecil.
2. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk.
3. Carikkan roti kepada bahagian kecil dan masukkan roti ke dalam telur.
4. Panaskan pan bersama mentega. Susun roti yang telah dicelup telur ke dalam pan.
5. Sapukan sos cili dan sos bolognese diatas roti dengan secukupnya.
6. Taburkan sosej & filamen ketam.
7. Seterusnya letakkan kepingan keju di atas roti tadi.
8. Tutup pizza dengan tudung periuk dan masak menggunakan api kecil selama 5 minit hingga keju cair.
9. Hiaskan dengan mayones. Sedia untuk dinikmat.

Kredit resipi & foto: Tyraa Manan

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN