Sedapnya Onde Onde, Memang Tidak Cukup Satu

Share

Bulan Ramadan bakal berkunjung tiba. Minggu pertama mesti nak hidangkan makanan yang enak untuk keluarga. Selain menu makanan, kuih muih juga jadi tarikan. Jom buat onde onde untuk berbuka puasa nanti. Kelapa dikukus seketika untuk tahan lama supaya kuih tidak cepat basi. Buat sendiri boleh letak gula Melaka banyak-banyak di dalamnya.

Onde Onde Donde Donde

 Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut

2 sudu besar tepung gandum

1 cawan atau lebih air daun pandan & sedikit pewarna hijau

1 ketul gula Melaka (dipotong dadu)

Sedikit garam

1/2 biji kelapa parut ditambah sedikit garam

 Cara membuat:

1.Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam di dalam satu bekas.

2.Tuang air pandan tadi sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tadi.

3.Uli hingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan dan boleh dibulat- bulatkan.

4.Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.

5.Letakkan gula Melaka di bahagian tengah dan bulat-bulatkan.

6.Bulatkan adunan tadi hingga habis dan susun di dalam dulang yang ditabur sedikit tepung gandum.

7.Didihkan air di dalam periuk.

8.Masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih.

9.Biarkan sehingga kuih tadi timbul di permukaan air seketika kemudian. 10.Bolehlah di angkat dan ditoskan airnya.

11.Selepas itu golekkan kuih tadi di atas kelapa parut.

Kredit: Ayza Nur

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN