Sedapnya Makan Kerabu Suun. Masam, Rangup, Lembut Semua Cukup

Share

Kalau cerita tentang kerabu, pasti ramai yang suka makan. Dapat pula kerabu suun. Dahlah sedap, makanan menyihatkan pula sebab tak perlu guna minyak untuk menumis atau menggoreng. Cuma celur sahaja.

Resipi perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid kali ini memang nampak menyelerakan sungguh. Makan kerabu suun macam tu saja pun dah sedap. Tak perlu lauk lain.

Jom kita cuba. Bahan-bahannya pun mudah diperoleh.

BAHAN-BAHAN:

200g suun
1 biji tomato (dihiris) – Boleh beli online di sini
3 helai daun bawang (dihiris kasar) 


½ cawan ikan bilis goreng – Boleh beli online di sini
½ biji cili hidup merah (dihiris)
½ biji cili muda hijau (dihiris)
1 sudu besar daun ketumbar (dihiris jika mahu)
1 biji cili padi merah (dihiris) – Boleh beli online di sini
1 biji cili padi hijau (dihiris)
½ cawan lobak merah (diparut) – Boleh beli online di sini
1 sudu besar bawang putih (digoreng)
½ cawan daun sup (dihiris kasar)
½ cawan kacang (digoreng) – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Rendam suun dengan air panas selama 3-4 minit.

Toskan air panas. Tidak perlu bilas dengan air sejuk.

Apabila sudah boleh dipegang, letak sedikit minyak dan relai-relaikan (seperti kita buat pada spageti).

Meriah dan ceria sayur-mayur begini, kan.

KUAH KERABU (DRESSING)

BAHAN-BAHAN:

1 cawan minyak bawang putih
¼ cawan jus limau nipis/ lemon/ cuka – Boleh beli online di sini
3 sudu besar sos ikan/ sos sotong – Boleh beli online di sini


1 sudu teh garam/ secukup rasa
1 sudu besar gula/ secukup rasa – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau rata.

Tuangkan kuah kerabu ke dalam suun dan gaulkan. Boleh ambil kesempatan untuk relai-relaikan lagi suun pada masa ini.

Tambah sayur-mayur dahulu dan kacau rata. Dah siap. Sedia untuk dinikmati.

Tambah bahan rapuh dan kacau rata sekali lagi.

Puas hati! Pedas, masam, rangup, lembut semua cukup. Alhamdulillah.

Selamat mencuba.

Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN