Sedapnya Lompang Pandan, Boleh Buat Untuk Jual Ni.

Share

Kalau anda ingin berniaga cari duit tambahan di musim PKP ni, tapi tak tau nak niaga apa di kawasan kejiranan. Anda boleh cuba buat kuih Lompang Pandan, cara buat mudah dan rasa pun sedap. Mula-mula cuba dulu untuk makan sendiri, kalau menjadi dan sedap bolehlah jual. Resipinya ada di sediakan di bawah ini ye..

LOMPANG PANDAN


BAHAN-BAHAN A:
3 cawan air
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan.
  • Masak gula dengan air, masukkan 2 helai daun pandan sekali.

Gula hancur dan didih, tutup api dan sejukkan.
BAHAN B:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
1 cawan air pati daun pandan
Sedikit pewarna hijau star brand
Sedikit kapur sireh
Sedikit garam halus

CARA MEMBUAT:

  1. Satukan tepung beras dan tepung ubi dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan 1 cawan air pati pandan dan 3 cawan air gula yang dah sejuk tadi. Kacau-kacau sebati.
  3. Masukkan sedikit garam halus dan kapur sirih.
  4. Masukkan sedikit pewarna hijau sekiranya warna bancuhan kurang cantik. Kacau hingga semua larut kemudian tapiskan.
  5. Sementara tu panaskan kukusan.
  6. Oles minyak dalam acuan lompang terlebih dahulu.
  7. Setelah air medidih, panaskan sekejap acuan lompang terlebih dahulu.
  8. Kemudian kacau-kacau dulu bancuhan tepung tadi sebelum tuang ke dalam acuan.
  9. Tutup pengukus dan kukus la dalam 10 ke 12 minit dengan api sedang.
  10. Sejukkan kuih lompang dahulu baru la boleh dicungkil keluar.
  11. Ulang proses yang sama hingga bancuhan habis.
  12. Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus sebentar supaya tak mudah basi.

INFO: Air gula mesti sejukkan dahulu, bancuhan kena sentiasa dikacau dahulu sebelum tuang ke dalam acuan. Sukatan air gula mesti 3 cawan dan air pati pandan 1 cawan.

Kredit :Rozza Roha

IKLAN