Sedapnya Kuih Dangai Kukus Gula Melaka, Senang Sangatlah Nak Buat

Share

Kuih Dangai cukup popular di negeri sebelah Utara. Mungkin kuih Dangai yang biasa agak renyah pembuatannya tetapi ada cara yang lebih mudah untuk buat kuih Dangai iaitu dengan cara kukus. Mari kita cuba resipi Kuih Dangai Kukus Gula Melaka seperti yang dikongsikan oleh  

Zura Zul ini.

RESIPI KUIH DANGAI KUKUS GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

2 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut –BELI ONLINE
1 sudu besar gula –BELI ONLINE
1/2 sudu kecil garam –BELI ONLINE
Gula Melaka –BELI ONLINE

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan semua bahan dan gaul-gaul sebati (kecuali gula Melaka)

2. Acuan kuih lompang sapu sedikit/nipis minyak. Boleh juga jika tidak sapu minyak. Tiada masalah.

3. Masukkan kelapa dalam acuan. Tekan-tekan tetapi perlahan.

4. Buat lubang kecil di tengahnya untuk isi gula Melaka yang dipotong/hiris kecil.

5. Panaskan pengukus hingga mendidih. Kukus selama 15 minit. Siap. Hidangkan ketika panas.

Sumber kredit: Zura Zul via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN