Sedapnya Kuih Dangai Kukus Gula Melaka, Cuma Guna 4 Bahan

Share

Kuih dangai sememangnya terkenal di negeri sebelah Utara. Kalau yang biasa makan dangai yang rangup, apa kata kali ini kita cuba kuih dangai kukus gula Melaka pula.

Ikuti perkongsian resipi daripada Nur Aqilah Jufri dalam menghasilkan kuih dangai gula Melaka atau gula merah.

Nikmat tau dapat makan kuih dangai kukus ni suam-suam. Jom cuba buat.

BAHAN-BAHAN:

3 cawan kelapa parut 

1 cawan tepung pulut – Boleh beli online di sini

Gula Melaka / merah secukupnya – Boleh beli online di sini

Garam secukupnya

Acuan lompang – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Masukkan kelapa parut, tepung pulut dan garam secukupnya. Tepung pulut tak perlu ayak.

Kelapa parut pun tak perlu dikukus dulu sebab nanti kita nak kukus kuih ni juga.

Setelah semua bahan tersebut digaul sebati, letakkan ke dalam acuan kuih lompang. Acuan tersebut tak perlu disapu minyak. Terus masukkan saja adunan kelapa parut tersebut. Tekan-tekan sikit kelapa parut tu ke dalam acuan.

Kemudian, buat lubang di tengah-tengahnya. Jangan buat lubang dalam sangat, nanti cairan gula Melaka tembus keluar. Boleh buat lubang gunakan batang senduk kayu.

Masukkan satu sudu kecil gula Melaka atau gula merah ke dalam lubang kuih tersebut.

Kukus selama 15 mnit atau sehingga kuih masak. Kelapa parut yang terlebih tu biarkan saja. Tapi, kalau nak kemaskan pun boleh juga.

Air kukus saya letak sehelai daun pandan untuk bagi wangi. Tak letak pun tak apa.

Haaa… yang dalam pengukus tu belum siap lagi. Dalam bekas tu dah siap. Mudah bukan.

Satu adunan boleh dapat antara 25 hingga 30 biji kuih dangai. Bergantung pada berapa banyak kita masukkan adunan ke dalam acuan. Mudah je buat.

Kredit: Nur Aqilah Jufri

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN