Sedapnya Kopi Latte Ala Kampung, Buat Sendiri Tapi Rasa Macam Kopi Mahal

Share

Bagi penggemar kopi tentu Kopi Latte menjadi kegemaran bukan? Rasa tidak lengkap perjalanan kehidupan seharian tanpa menghirup secawab Kopi Latte. Terasa begitu nikmat dan bersemangat untuk memulakan hari. Sebenarnya senang sahaja hendak buat Kopi Latte. Madihah Hamid ada kongsikan resipi buat Kopi Latte Ala Kampung. Jom kita cuba buat!

RESIPI KOPI LATTE ALA KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:
Serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung) – beli online

Susu kotak @ susu segar apa-apa jenama (Paling sedap Meadow, Farm fresh, Ducthlady) – beli online
Gula melaka – beli online
Air
CARA MEMBUAT:
1. Masak kopi sehingga berbuih (menggelegak).
2. Biarkan dalam seminit (dalam keadaan menggelegak).
3. Tutup api, tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi. Masukkan gula, panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk, tutup api.
Guna jug ini (untuk sukatan 1 liter)
4. Tuangkan air kopi dan susu dalam jug, tuangkan secawan untuk di minum, selebihnya simpan dalam peti sejuk.

5. Lagi lama dalam peti sejuk lagi sedap. Bila hendak minum, hanya panaskan sebentar.

Sumber kredit: Madihah Hamid

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN