Ads

Sedapnya Ikan Pari Bakar Bersambal, Layan Sungguh Makan Dengan Nasi Panas

 

 

 

Ikan pari adalah salah satu ikan yang sedap dimakan kalau dibakar. Rasanya sedap, baunya harum dan cukup puas hati dengan perapan yang secukup rasa. Menggunakan Maggi Cukup Rasa sebagai salah satu bahan perapan, menjadikan ikan pari bakar bersambal lebih sedap. RASA berikan resipinya di sini dan korang boleh tonton video yang disediakan untuk cara-cara memasaknya.

 

Ads

IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL

 

Sedapnya Ikan Pari Bakar Bersambal, Layan Sungguh Makan Dengan Nasi Panas

 

Ads

 

BAHAN-BAHAN
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu teh lada sulah
Gula perang dan lada sulah secukup rasa
2 potong ikan pari (cuci bersih)

CARA MEMBUAT
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, MAGGI CUKUP RASA, asam jawa, serbuk lada sulah dan gula perang secukupnya. Tumis sehingga cili masak.
3. Lumurkan sambal ke atas ikan secara rata.
4. Bakar ikan hingga masak.

Ads

 

JOM TENGOK VIDEO CARA MASAK IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL

 

Ikan Pari Bakar Bersambal | Gerenti Jadi

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Able Farm Perkukuh Jenama Tenusu Tempatan, Turut Memeriahkan RASA Bubur Lambuk...

Able Farm terus memperkukuh jenama tenusu tempatan dengan produk berkualiti tinggi serta penglibatan dalam acara RASA Bubur Lambuk 2026.