
Bayangkan ikan goreng yang ranggup di luar dan isinya lembut berjus memang sangat sedap dicecah dengan sambal tomato yang pedas masam. Kena pulak dengan nasi panas. Memang terangkat, sedap tak terkata. Nampak gayanya kena buat menu ni hujung minggu ni.
IKAN SUSU BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 4ekor2 ikan bandeng (ikan susu)
- 300gm tepung beras
- 300ml minyak masak
Bahan-bahan kisar:
- 10gm serbuk ketumbar
- 15gm garam
- 2 helai daun salam
- 200gm bawang merah
- 60gm bawang putih
- 40gm kunyit
- 100gm lengkuas | diparut
BAHAN-BAHAN SAMBAL TOMATO:
- 1cm belacan
- 1 biji tomato
- 2 biji bawang putih
- garam secukupnya
- gula pasir secukupnya
- 3 biji cili padi
- 4 biji cili merah
- 100gm bawang merah
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan kisar dengan lengkuas sehingga rata.
- Lumurkan ikan bandeng dengan tepung beras, biarkan selama 15 minit.
- Lumurkan ikan bandeng dengan bahan kisar dan telur sampai semua permukaan kulit tertutup termasuk bahagian perut ikan bandeng.
- Panaskan minyak kemudian gorengkan ikan sehingga garing.
CARA MEMBUAT SAMBAL TOMATO:
- Goreng semua bahan sampai naik bau.
- Kisarkan, tambahkan gula dan garam secukupnya.
- Hidangkan bersama Sambal Tomato.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Paprik Ayam Ni Simple Je Tapi Rasa Lebih Sedap Dari Kedai Siam

Paprik Ayam ni jika dibeli di kedai, kadang kala banyak sayur dari isi ayamnya. Harga pun boleh tahan mahal. Bagi yang menggemari menu ini, bolehlah cuba masak sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Khas Fena. Resipi yang cukup mudah malah rasa lebih sedap dari kedai siam. Wow! Cubalah. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK PAPRIK AYAM SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam secukupnya – hiris kecil
3 sudu makan cili kisar (beli online disini)
1/2 mangkuk air panas
Bunga kubis secukupnya
Jagung muda secukupnya
Lobak merah secukupnya
Sedikit brokoli
Kacang panjang atau kacang buncis – jika ada
6 biji cili padi – ketuk
3-4 helai daun limau purut – buang tulangnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar (beli online disini)
4 ulas bawang putih (beli online disini)
1 inci halia
1 batang serai – diketuk
BAHAN SOS:
2 sudu makan sos cili (beli online disini)
2 sudu makan sos cili thai (beli online disini)
1 sudu makan sos tiram (beli online disini)
1 sudu makan sos ikan (beli online disini)
1/2 sudu makan kicap manis (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga wangi dan garing.
2. Bila sudah garing, masukkan cili kisar. Masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
3. Tambahkan hirisan ayam yang telah dipotong kecil. Masak hingga ayam kecut dan nampak masak.
4. Kemudian masukkan kesemua sos. Gaul sebati.
5. Masukkan juga air panas.
6. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
7. Seterusnya masukkan sayur-sayuran dan juga cili padi.
8. Tambahkan juga daun limau purut yang telah dibuang tulang tengahnya.
9. Masak hingga sayur-sayuran lembut. Tidak perlu menambah garam dan perasa lain kerana campuran pelbagai jenis sos sudah memberikan rasa pada paprik.
10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Khas Fena
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Mudah Masak Puding Roti Sos Kastard Sedap Guna Air Fryer
Resipi Ikan Kembung Percik Masak Cara Kampung Yang Terlajak Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sedapnya Menu Kari Kepala Ikan Masak Stail Kampung

Hari ini, kita kongsikan resipi kari kepala ikan kerapu yang dimasak stail kampung.
Paling best, bila ada 3 ketul kepala ikan yang saiz besar dan segar lagi. Menerusi perkongsian resipi daripada saudara Mohd Rozmie ini, kari ikan ini sedap dimakan dengan nasi panas, ulam timun dan sambal belacan.
KARI KEPALA IKAN
BAHAN-BAHAN;
3 ketul kepala ikan kerapu
8 ulas bawang merah kecil | dimayang – beli online di sini
3 biji cili merah besar | belah tengah & potong dua
1 sudu teh halba campur
3 tangkai daun kari
5 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan serbuk cili – beli online di sini
1 biji tomato | dipotong kasar
10 batang sayur bendi
½ cawan minyak masak
¼ cawan air asam jawa
100ml santan kotak – beli online di sini
TONTON Kue Teow Goreng | Dapur Rasa Live
TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live
BAHAN TUMBUK HALUS:
5 ulas bawang putih – beli online di sini
2 inci halia – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Ada 3 ketul besar ikan kerapu ini saya belah dua. Dah alang-alang masak, kali ini saya nak hantar bagi mak mertua dan bapa mertua merasa kari kepala ikan ini.
2. Bancuh dengan sedikit air 5 sudu makan rempah kari ikan dan 2 sudu makan serbuk cili.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Sebelum minyak mula panas, masukkan dulu halba campur. Jangan masukkan masa minyak tengah panas, nanti meletup-letup halba dalam kuali.
4. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah yang telah dipotong mayang. Tumis sehingga bawang merah jadi layu.
5. Bila bawang merah sudah layu, masukkan cili potong dan pes bawang putih dan halia. Kacau sebati.
6. Kemudian masukkan tomato yang telah dipotong kasar. Masukkan daun kari. Kacau sebati sehingga tomato jadi layu.
7. Masukkan bancuhan rempah kacau sehingga rempah pecah minyak. Kena rajin kacau takut rempah jadi hangit.
8. Masukkan air lebihan rempah yang ada kat mangkuk tu. Tumis rempah sehingga pecah minyak. Tambah setengah cawan air, kacau lagi sehingga rempah masak.
9. Bila nampak kering tambah lagi sedikit air dan kacau lagi. Saya lakukan dua atau 3 kali supaya rempah betul-betul masak elok. Kalau rempah tak masak elok, nanti kari tak sedap.
10. Bila rempah sudah betul-betul masak elok, masukkan air asam jawa sedikit dahulu. Nanti jika kurang masam boleh tambah kemudian.
11. Lepas tu tambah secawan atau dua cawan air mengikut sukatan ikan yang dimasak.
12. Kemudian masukkan kepala ikan yang telah dicuci bersih tadi biarkan sehingga kari mereneh dan ikan masak.
13. Bila kari dah mula mereneh masukkan sedikit santan. Tak perlu santan banyak, nanti tak sedap kari. Saya masuk 100ml saja atau separuh kotak.
14. Perasakan dengan garam secukup rasa. Jika kurang masam boleh tambah sedikit lagi air asam. Jika perlu sedikit gula boleh jer tambah untuk seimbangkan rasa.
15. Akhir sekali masukkan kacang bendi dalam seminit camtu, dah boleh tutup api.
Kredit resipi: Mohd Rozmie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
5 Resipi Popular Ikan Siakap, Salah Satunya Pernah Dapat 52K Share Di Facebook
5 Resipi Popular Ikan Siakap, Salah Satunya Pernah Dapat 52K Share Di Facebook
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Daging Harimau Meraung & Sambal Pencicah Paling Sedap, Cikgu Afy Kongsi Rahsia.

Biasa dengar daging bakar harimau menangis, kali ini harimau meraunglah pulak. Lengkap dengan resipi pencicahnya sekali. Sedap sungguh bila semua dah bersatu di tekak, terbaiklah resipi perkongsian dari Cikgu Afy Al-Habibi ini.
Cara buatnya, taklah rumit sangat, kuantiti sos dan kicapnya kena betul ramuannya, barulah menjadi kesedapannya. Ni sukatan asas Cikgu Afy, terpulanglah kalau nak ikut selera masing-masing. Ditambah dengan bahan tumbuk pasti meleleh air liur.
Sambal pencicah yang dikongsikan pun memang mantap dengan gula nisan, sos ikan dan pastinya cili padi. Jom cuba masak, berbaloi untuk dicuba.
RESIPI DAGING HARIMAU MERAUNG
BAHAN-BAHAN :
- 500gm daging | basuh bersih, perapkan dengan bahan di bawah :
- 1 senduk kecil sos blackpepper
- 1 senduk kecil kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu kecil lada hitam kisar
- Secubit dua serbuk kunyit
- Sedikit serbuk perasa
Tambahkan bahan tumbuk:
- 1 batang serai
- sehiris nipis halia
- 1 ulas bawang putih
*Gaul mesra kesemuanya.
*Perapkan selama setengah jam.
.
CARA MEMASAK :
Cara masak daging :
1. Panaskan kuali dengan satu sudu besar minyak.
2. Masukkan daging yang sudah diperap tadi.
3. Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak.
*baki sos perapan tadi jangan dibuang*
4. Daging yang dibakar jangan terlebih masak. (Sebab nanti rasa daging kering)
*nak tahu masak ke tak cikgu hiris sikit. Nampak daging warna merah jambu pudar itu tanpa air darah okay dah*
4. Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya.
5. Sebelum daging diangkat masukkan lebihan sos tadi dan tumiskan (saute) seketika. Hirislah daging nipis-nipis.
RESIPI SAMBAL PENCICAH
.
BAHAN-BAHAN :
.
- 3 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi hijau
- Sehiris nipis halia
- 1 relung kecil nisan / gula melaka
- 4 sudu besar sos ikan
CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
2. Masukkan dalam mangkuk.
3. Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit serbuk perasa, kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
.
6. Hidangkan bersama daging tadi.
.
#resepicikguafy
Kredit foto & resipi: Afy AL Habibi
ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI PETI SEJUK UNTUK MENGEKALKAN KESEGARAN DAGING, JOM LAYARI DI SINI
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :