Sedapnya Dapat Makan Bubur Butir Nangka Berinti Gula Melaka

Share

Musim panas macam ni, sedap dapat makan bubur butir nangka berinti gula melaka. Memang tekak teringin nak makan manisan yang sejuk-sejuk.

Kebiasaan, butir nangka dibuat secara membujur dan tak perlu bubuh inti. Tapi apa kata, kali ini buat ada rasa gula melaka, baru la sedap. Resipi yang dikongsi Zurina Zulkefli ini mudah je nak buat.

 

BUBUR BUTIR NANGKA BERINTI GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung pulut – beli online di sini
2 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
Air (tiada sukatan sebab air perlu dituang sedikit demi sedikit)
Tiga perwarna (hijau, merah dan kuning)
Gula melaka – beli online di sini


1 kotak kecil santan – beli online di sini
1 sudu kecil halba (untuk aroma) – beli online di sini
Gula kasar (mengikut citarasa kemanisan masing-masing)
2 helai helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum (yang dibancuh air)

TONTON Daging Kerutuk | Dapur Rasa Live

TONTON Koleksi Daging | Projek Lockdown #GerentiJadi

CARA-CARA:

1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu mangkuk.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil tangan menggaul tepung sehingga berpasir.


3. Bila tepung menjadi berpasir dan bergumpal, berhenti tuang air. Gaulkan kesemua tepung sehingga menjadi doh yang sebati.
4. Bahagikan doh kepada tiga bahagian.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


5. Setiap bahagian dicampurkan pewarna. Saya gunakan lidi sate untuk calitkan perwarna agar cecair warna tidak tertumpah atau berlebihan.
6. Ini gula melaka saya beli di pasar Masjid Tanah Melaka (tengok gambar). Saya simpan di dalam bilik stor makanan, tanpa disangka gula melaka saya cair. Musim panas kan sekarang. Tapi takpe senang je, saya jadikan bebola kecil untuk dijadikan inti butir nangka saya.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


7. Cuit sedikit doh lalu bulatkan dan penyetkan. Letak inti gula melaka dan uli membulat semula. Jadila butir nangka bentuk bulat.


8. Rebuskan ke dalam air yang mendidih. Pastikan ketika direbus air selalu dikacau sebab kita tak nak butir nangka kita melekat pada dasar periuk. Nanti butir nangka jadi tak cantik dan membulat. Bila butir nangka dan timbul, baru angkat.


9. Rendam di dalam air sejuk (air dari peti ais) untuk mengekalkan kekenyalan butir nangka.


10. Untuk kuah pula. Panaskan secawan air di dalam periuk dan masukkan daun pandan.
11. Masukkan gula (mengikut citarasa) dan sesudu halba. Tunggu sehingga air mendidih barulah masukkan sekotak santan.


12. Masukkan bancuhan sesudu tepung gandum untuk memekatkan kuah santan.


13. Masukkan butir nangka kita ke dalam kuah santan. Reneh butir nangka pada suhu api yang kecil selama 10 minit.


14. Siap, boleh dihidang makan panas-panas atau pun boleh disejukkan dahulu. Kalau saya, saya suka makan sejuk-sejuk.

Kredit resipi: Zurina Zulkefli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN