Sedapnya Bubur Wadai Kepeng, Warisan Orang Banjar

Share

Bubur wadai kepeng atau bubur candil memang ada peminatnya tersendiri. Bahannya yang berasaskan tepung pulut, sangat mudah disajikan. Sesuai untuk minum petang.

Bubur Wadai Kepeng ini makanan warisan orang Banjar. Lazimnya, bagi orang Jawa pula akan memanggilnya Bubur Candil. Untuk menghasilkannya pun mudah sangat. Namun, rasanya memang enak sekali. Disebabkan itulah bubur ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Nak tahu cara membuatnya? Ikuti perkongsian resipi daripada Azuin Awin

ini. Cuba tau. Memang sedap.

BUBUR WADAI KEPENG / BUBUR CANDIL

BAHAN-BAHAN:

(Bahan A)

3 cawan tepung pulut – Boleh beli online di sini

½ sudu garam

Air secukupnya

(Bahan B)

2 cawan air

1 ketul gula kabung – Boleh beli online di sini

4 sudu gula merah

4 sudu gula pasir – Boleh beli online di sini

1 sudu garam

½ mangkuk sagu – Boleh beli online di sini

3 cawan santan

3 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

Campurkan semua bahan A ke dalam bekas dan gaul hingga sebati. Jika dah tak melekat di tangan, bermakna adunan menjadi.

Kemudian, buat bulat-bulat dan tekan di bahagian tengah.

Panaskan air hingga mendidih dan masukkan doh yang telah digentel tadi. Apabila dah timbul, angkat dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.

Dalam periuk lain, masukkan air, gula kabung, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan. Masakkan sehingga mendidih.

Kemudian, masukkan sagu dan santan. Masak sehingga mendidih.

Masukkan bahan A ke dalam periuk yang telah mendidih.

Boleh rasa manis dan lemaknya. Kemudian, boleh dihidangkan.

Selamat mencuba.

Kredit: Azuin Awin

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN