
Kalau tak tau nak buat apa dengan roti lebih, korang jangan takut cuba resipi ni. Gerenti jadi punya kalau buat, bahan selain roti, ikut je apa yang sesuai ada dalam dapur. Idea bagus sesuai untuk sarapan pagi, bekal anak ke sekolah atau boleh saja sebagai hidangan makanan malam. Simple dan sedap makan panas-panas.
BINGKA ROTI AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti | carik-carik
2 ketul ayam goreng | carik
1 genggam bayam | hiris
5 biji telur | kacau asing|
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang holland | dadu
10 ulas bawang putih | cincang
1 sudu.makan minyak masak
1sudu makan cili kisar
1 sudu rempah kari daging
Garam gula secukup rasa
BAHAN TOPPING (KALAU ADA BAHAN TAKADA PUN TAK APA):
Empingan cili/ serunding daging atau ayam pun boleh
Beberapa keping keju
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang holand dgn bawang putih hingga layu. Masuk cili kacau lagi dan masuk kari.
2. Kacau rata, tambah sikit air, perasakan dengan garam daan gula. Bila cukup rasa tutup api.
3. Campurkan roti, ayam dan bayam, gaul rata.
4. Tuang dalaam loyang yang disapu marjerin atau mentega atau minyak masak. Ketepikan.
5. Pukul telur dengnn sedikit garam dan 1 sudu kecil lada sulah.
6. Tambah ke dalam bahan tumis tadi kacau rata.
7. Tuang atas campuran roti tadi, pastikan bancuhan telur membasahi seluruh campuran roti.
8. Lapisan atas sekali lapiskan dengan taburan empingan cilia tau serunding dan keju yang telah dicarik-carik.
8. Bakar lebih kurang 30 minit dengan api 170 C.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Variasi Hidangan Petai Yang Pasti Menambat Selera..Macam-Macam Ada!

Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam. Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat kita.
Penggemar petai boleh mencuba resipi-resipi ini. Ia sesuai dimakan bersama nasi atau boleh juga diratah begitu sahaja. Selamat mencuba!
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS

BAHAN-BAHAN
- 250gm ikan bilis ] kopek
- 200gm cawan isi petai
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Minyak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR
- 6 biji cili hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
- Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
- Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
- Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG

BAHAN-BAHAN
- 300gm sotong ] bersih dan buang kulit arinya
- 200gm isi petai
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 sudu makan pes cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kisar
- 3 biji cili merah
- 2cm halia muda
- 2cm belacan ] jika suka
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
- Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
- Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Tumis dan goreng.
Keistimewaan: Enak, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN
- 200gm ikan bilis ] kopek
- 200gm isi petai
- 3 sudu makan tempoyak ] bancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar ] hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
- 15 biji cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
- Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI

BAHAN-BAHAN
- 30 biji telur puyuh ] rebus dan buang kulit
- 200gm isi petai
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 sudu makan pes cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kisar
- 3 biji cili merah
- 2cm halia muda
- 2cm belacan ] jika suka
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
- Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis.
Keistimewaan: Sedap, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG

BAHAN-BAHAN
- 2 papan petai muda ] kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
- 500gm udang saiz XL ] bersihkan
- 2 batang serai ] titik
- 2 keping asam gelugor
- 1 helai daun kunyit ] carik-carik dan simpul
- 3 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
- 15 biji cili padi
- 2 tangkai cili merah
- 1 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 3cm kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN
- Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
- Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
- Tuangkan santan dan gaul rata.
- Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
- Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
- Gulai sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Reneh.
Keistimewaan: Pedas berlemak.
Anggaran perbelanjaan: RM30
Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
Info: Boleh sediakan gula-gula atau penyegar mulut untuk mengelakkan mulut anda berbau.
SAMBAL UDANG PETAI

BAHAN-BAHAN
- Udang – lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka
- 1 mangkuk petai
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 biji bawang besar Holland – hiris
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- Minyak masak
BAHAN KISAR
- 10 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- Sedikit belacan – optional
- 5-6 sudu besar cili kering kisar
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja. Angkat udang dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
- Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik. Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.
- Setelah bergaul rata, masukkan garam serta serbuk perasa.
- Akhir sekali, masukkan petai dan bawang besar. Jangan masak lama kerana kita mahu petai yang masih rangup.
- Kacau rata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
KREDIT RESIPI & FOTO: Azie Kitchen
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI


BAHAN-BAHAN
- 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
- Bawang Putih (Hiris)
- Bawang Holand (Hiris)
- Petai (Belah dua)
- Cili Api (Hiris)
- Garam
- Gula
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
KREDIT RESIPI & FOTO: Marina Ismail
SAMBAL PETAI UDANG KERING

BAHAN-BAHAN
- 1/2 cawan udang kering direndam ditumbuk kasar
- 3 sudu cili kering kisar
- 5 ulas bawang merah kisar
- 3 ulas bawang putih kisar
- 2 batang serai kisar
- 1 sudu besar air asam jawa
- Petai secukupnya
- Garam gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis lah bahan kisar kecuali udang sehingga wangi.
- Masukkan cili kering, kacau sehingga pecah minyak.
- Tambahkan dengan air asam dan jika perlu tambah sedikit air.
- Masukan udang kering dan masaklah sehingga pekat dan kering.
- Tambahkan garam dan gula. Bila dah secukup rasa masukkan petai, kacau sehingga sebati, dah boleh tutup api.
KREDIT RESIPI & FOTO: NOORIAH ABDULLAH
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Ayam Tandoori Yang Sedap & ‘Juicy’ Hasil Air Tangan Sendiri. Ini Resipinya

Ayam tandoori biasanya kita akan makan di restoren mamak bila teringin. Cuma ada masa ayam tandoori yang kita nikmati ini tak kena dengan citarasa.
Supaya puas hati menikmati menu ini, boleh juga cuba buat sendiri. Nak yang sedap dan juicy boleh ikut resipi Nurul Joe kerana hasilnya sedap dan ‘juicy’ seperti makan di restoren mamak.
Buat sendiri ayam tandoori
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong empat dan kelar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin
2 sudu kecil garam
3 biji bawang besar
10 biji bawang putih
2 inci halia
3 biji buah pelaga
Daun ketumbar
1 biji jus lemon
1 cawan greek/plain yogurt
Sedikit pewarna merah

Cara membuat
1. Campur semua bahan di atas dan kisar halus.
2. Gaul bahan yang dikisar ini dengan ayam dan perap 5 jam atau lebih menggunakan aluminium foil.
3. Buka aluminium foil, keluarkan ayam dan letak dalam Loyang.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°c dalam sejam atau sehingga masak. Nak goreng pun boleh.
Selamat mencuba
Sumber: Nurul Joe
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.

Lauk paling mudah dan cepat. Jika dah bosan memikirkan menu untuk dimasak hari ini, boleh cuba menu olahan dari telur masin ni pula. Kerabu Telur Masin ni ‘simple’ je tapi rasa dia memang luar biasa. Nikmati dengan nasi panas, fuhhh…terangkat! Makan dengan bubur pun sedap. Jom cuba resipi dari saudari Mazliza Ahmad ni. Pasti puas hati.
RESIPI KERABU TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur masin – rebus – beli online disini
- 1 biji bawang besar – belah dua & hiris nipis – beli online disini
- 8 biji cili padi – hiris
- 5 sudu makan cuka – beli online disini
- 2 sudu makan gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
- Belah telur masin dan korek isinya menggunakan sudu. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Potong telur masin menggunakan sudu. Jangan terlalu kecil bagi elak ia hancur masa digaul.
- Seterusnya masukkan hirisan bawang, cili, gula dan cuka. Gaul hingga semua bahan sekata dan sebati.
- Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Sedap, Likat Memang Kaw. Masak Laksa Utara Macam Ni Barulah Padu
Sedap! Resipi Keli Bakar, Air Asam Kerisik & Kacang Panjang Tumis
Resipi Bibimbap Sedap Guna Bahan Mudah & Ikut Selera Orang Malaysia
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

