Sedapnya Ayam Masak Madu, Hidang Nasi Tak Cukup Sepinggan

Share

Ayam masak madu ini sedap kalau dihidangkan dengan nasi putih atau nasi serai. Rasanya pun tak berapa pedas. Sesuai untuk semua golongan. Kanak-kanak lagi suka sebab ada rasa manis madu.

Mudah saja cara untuk menyediakannya. Ikuti resipi perkongsian daripada Ieda Hamzah ini. Bahan-bahan pun mudah saja. Paling penting, sedap tau.

AYAM MASAK MADU

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam

Bawang kecil

Bawang besar – Boleh beli online di sini

Bawang putih

Halia – Boleh beli online di sini

Daun kari

2 helai daun pandan

Rempah 4 sekawan – Boleh beli online di sini

Cili kering – Boleh beli online di sini

Lengkuas

Sos cili – Boleh beli online di sini

½ tin sup tomato – Boleh beli online di sini

Garam

Gula

Serbuk perasa

Madu – Boleh beli online di sini

Daun sup

CARA MEMASAK:

Gorengkan ayam separuh masak.

Tumiskan bawang kecil, bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, daun pandan dan rempah empat sekawan.

Kisarkan cili kering, bawang, bawang putih dan lengkuas.

Kemudian, masukkan bahan kisar tadi ke dalam tumisan.

Setelah itu, masukkan pula sos cili dan setengah tin sup tomato. Kacau hingga pecah minyak. Jika pekat, boleh tambahkan air.

Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan madu. Kacau rata.

Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Biarkan mendidih lama. Jika pekat, boleh tambahkan air. Kuah jangan cair atau pekat sangat.

Setelah masak, bolehlah masukkan daun sup dan bawang yang dibelah ikut cita rasa masing-masing.

Tutup api dan curahkan madu lagi. Siap.

Kredit: Ieda Hamzah

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN