Sedapnya Aiskrim Kacang Merah, Rasa Lemak Manisnya Lejen Betul

Share

Sedapnya aiskrim kacang merah, lemak manis rasanya. Jika dulu, aiskrim potong kacang merah sering dijual di kedai. Kini, aiskrim ini boleh dibuat sendiri di rumah.

Boleh buat banyak-banyak, simpan stok di dalam peti ais. Jika teringin, ambil saja daripada peti ais. Kalau nak buat berniaga pun boleh. Sesuai sangat sebab aiskrim ini juga ramai penggemarnya.

Ikuti perkongsian resipi dan cara-cara membuat aiskrim kacang merah daripada Zaky Mat Ali

ini. Memang sedap. Rugi kalau tak cuba.

BAHAN-BAHAN:

350gram kacang merah

2.5 liter air masak

1 cawan gula – Boleh beli online di sini

½ tin susu pekat – Boleh beli online di sini

1 kotak santan (kecil)

1 tin susu cair – Boleh beli online di sini

3 sudu tepung jagung – Boleh beli online di sini

3 sudu sirap

1 sudu kecil garam

CARA MEMASAK:

Rendam kacang merah semalaman. 

Kemudian, rebus sampai empuk dan kisar kasar.

Didihkan air, masukkan gula.

Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau sebati.

Kemudian, masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.

Masukkan pula kacang merah dan kacau sebati.

Apabila dah sejuk, boleh masukkan ke dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.

Siap. Selamat mencuba.

Kredit: Zaky Mat Ali

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN