Sedapnya Air Katira Asli Johor, Beraroma & Menyegarkan, Ini Cara Buatnya

Share

Air Katira minuman yang cukup popular dan sentiasa diburu di bazar-bazar Ramadan. Ada berbagai versi Air Katira namun Air Katira yang paling sedap dan mantap tentulah Air Katira versi Johor. Sebenarnya tidak susah mana pun hendak membuat Air Katira. Apa kata berbuka hari ini kita cuba buat Air Katira mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan  ini.

RESIPI AIR KATIRA VERSI JOHOR

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar katira
1 sudu besar biji selasih – BELI ONLINE


3 biji kurma
3 biji kembang semangkuk
4 biji badam
4 helai daun pandan
4 sudu besar gula –BELI ONLINE
1 liter susu segar

*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500 ml

Inilah katira.

 

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.

2. Semua bahan ini akan mengembang. Jika Sudah kembang, kira sudah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.

3. Sementara itu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan carik halus, sekadar untuk hiasan.

4. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.

5. Bahan-bahan rendam tadi sudah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.

6. Boleh satukan semua bahan yang kita sudah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos. Jangan tuang terus dalam susu. Ini bagi mengelakkan susu menjadi cair. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tidak perlu tambah gula.

7. Air katira Johor sudah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.

Sumber kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN