Seronoknya kalau dapat seharian beraktiviti bersama ibu tercinta, sambil makanan-makan macam pelakon Fattah Amin dan Azizah Abdul Ghani dalam program Rasa, Anak Emak Anak Bapak, Musim Ke-2, Episod Ke -9 yang bersiaran setiap hari Selasa, pukul 1.00 tengahari di Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Sedap Sungguh Masak Lala Masam Manis Cara Fattah Amin ini.
.

Menariknya bukan setakat jalan-jalan dan makan-makan, Fattah juga sanggup sahut cabaran ibunya untuk menyediakan menu Lala Masam Manis dalam masa dua jam, dari membeli bahan ke pasar hingga siap memasak di dapur.

Sedap Sungguh Masak Lala Masam Manis Cara Fattah Amin ini.
.

IKLAN

Kelam kabut dibuatnya Fattah untuk menyediakan menu permintaan ibunya itu, tapi mana ada ibu yang biarkan anaknya terkial-kial masak sendirian, mesti tolong punya. Alhamdulillah dengan tunjuk ajar Puan Azizah, Fattah berjaya memasak Lala Masam Manis.

Sedap Sungguh Masak Lala Masam Manis Cara Fattah Amin ini.
.

IKLAN

Si ibu pula berbesar hati bila anak lelaki kesayangannya itu sanggup meluangkan masa dan memasak untuknya. Kena pulak rasa Lala Masam Manis yang disediakan oleh Fattah sedap.

Kalau korang yang teringin masa ikut menu dan cara Fattah masak boleh je ye sebab beliau kongsikan resipinya di sini, korang boleh cuba sendiri, baru tahu hasilnya. Gerenti rasa tidak mengecewakan.

IKLAN

Sedap Sungguh Masak Lala Masam Manis Cara Fattah Amin ini.
LALA MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg lala | cuci bersih dan tos
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 2 ulas bawang putih |cincang halus
  • 4cm halia | mayang halus
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 3 batang serai | titik
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis serai hingga wangi, masukkan bawang merah dan bawang putih.
2. Kacau rata hingga wangi, baru masukkan pes cili kering.
3. Kacau lagi hingga pecah minyak, baru masukkan sos tiram, sos cili, sos lada hitam dan kicap manis.
4. Seterusnya masukkan lala, kacau rata, kemudian tambahkan pes asam jawa.
5. Akhir sekali tambah sedikit perasa dan garam jika perlu.
6. Kacau rata 1-2 minit. Tutup api.
7. Lala Masam Manis sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI