Sedap & Sihat, Jom Buat Nasi Jagung!

Share

Bagi nasi jagung ni, tiada beza dengan nasi yang lain seperti nasi tomato atau nasi minyak, kerana bila digandingkan dengan hidangan ayam masak merah, memang sangat sedap.

Nak buat pun, tak perlu banyak bahan dan hanya guna beras biasa. Jom kita cuba resipi nasi jagung simple daripada Norfazida Gda yang sangat menyelerakan ini.

RESIPI NASI JAGUNG

BAHAN-BAHAN:

3 cawan beras (saya guna basmathi) – beli online di sini
3 cawan air
1 cawan susu cair – beli online di sini
3 biji bawang merah | dihiris – beli online di sini
2 ulas bawang putih | dihiris – beli online di sini
1 inci halia | dihiris
1 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak – beli online di sini
2 sudu besar mentega/marjerin – beli online di sini
1 cawan jagung (saya lebihkan)

TONTON  Makan Di Mana Ep 18: Ubah Selera, Perkena Menu Western

TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk  

CARA-CARA:

1. Cuci beras dalam periuk nasi. Masukkan air dan susu cair.
2. Panaskan minyak dan mentega/marjerin. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan bunga lawang hingga wangi dan garing.


3. Tuangkan ke dalam periuk nasi tadi. Masukkan juga daun pandan dan garam. Kacau sebati.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Hidupkan suis periuk nasi. Bila nasi dah masuk separuh jalan, masukkan jagung. Teruskan hingga nasi masak keseluruhan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Gembur-gemburkan dan gaul nasi dengan jagung bila suis periuk nasi terangkat. Tutup kembali tudung periuk. Biarkan seketika sebelum dihidang.
6. Boleh taburkan daun sup dan bawang goreng di atas nasi untuk menambahkan lagi aroma. Nasi jagung enak dinikmati bersama masak merah, masak hitam, rendang, ungkep dan lain-lain.

Untuk resipi ayam masak merah, klik di sini

Kredit resipi: Norfazida Gda

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN