Sedap! Resipi Sambal Kelapa @ Sambal Nasi Impit Kelantan

Share

Sambal Kelapa atau juga dikenali dengan nama Sambal Nasi Impit @ Sambal Nyor Nasi Kapit memang sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai terutamanya orang Kelantan. Sesuai dengan Namanya sebagai Sambal Nasi Impit, ia biasanya dimakan bersama nasi impit dan juga Nasi Dagang. Lemak-lemak masin dan sedikit manis, emmang enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suhada Azid ni. Pasti puas hati.

 

CARA BUAT SAMBAL KELAPA @ SAMBAL NASI IMPIT KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ikan selayang@kembong
  • 1 biji kelapa parut – goreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan tumbuk

BAHAN TUMBUK:

 

CARA MEMASAK:

1. Rebus ikan dengan 3 keping asam keping dan 1 sudu garam dengan air separas ikan. (Panggang pun boleh)

2. Asingkan isi dan tulang. Kemudian goreng isi ikan tanpa minyak hingga kering air supaya tidak berbau hanyir.

3. Tumbuk kelapa sangai bersama dengan gula melaka. Ketepikan.

4.Tumbuk pula bawang merah, halia dan serai.

5. Gaul semua bahan tumbuk bersama ikan dan kelapa parut yang sudah digoreng dan ditumbuk dan gula melaka tadi.

6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa ikut selera masing-masing.

7.Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Suhada Azid

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN