Sedap, Rangup & Lebih Sihat. Resipi Kerepek Labu Lemak Manis Paling Enak!

Share

Pernah cuba makan Kerepek Labu? Sedap tau. Rasa rangup, lemak-lemak manis memang sangat enak walaupun tidak ditambah garam atau sebarang perisa lain. Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Nomie Harun. Pasti puas hati dengan rasanya. Sesuai dimakan seisi keluarga. Malah kos nya juga tidak mahal. Hanya guna 2 bahan sahaja. Jom cuba!

CARA MEMBUAT KEREPEK LABU YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Labu
Minyak masak

 

Dapatkan MITSUTOYO RECHARGEABLE PERSONAL BLENDER SET dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan

DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan labu dan potong ikut ira lekok labu. Buang bijinya.
2. Kupas kulit agak-agak sahaja. Jangan kupas terlalu tebal. Cukup sekadar agak-agak masih ada warna hijau pada labu.
3. Bila sudah selesai buang kulit, sagat nipis-nipis labu menggunakan penyagat.
4. Bila siap sagat, basuh dan tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh begitu sahaja.
5. Lapik tisu dapur atas talam. Letak kepingan labu yang di tos tadi dalam talam dan jemur.


6. Jemur hingga agak-agak kering di bawah matahari. Anggaran masa dalam ½ – 1 jam lebih kurang bergantung pada cuaca. Tujuan labu dijemur supaya nak bagi kerepek ini rangup bila digoreng.


7. Bila siap dijemur, panaskan minyak yang banyak dan goreng menggunakan api sederhana.


8. Goreng hingga agak kekuningan. Angkat dan sejukkan.
9. Bila kerepek telah sejuk, boleh simpan dalam balang.

 

Kredit resipi & foto: Nomie Harun

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.

Kelas Biskut Kudap-Kudap

Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

 

IKLAN