Sedap Makan Panas-Panas, Resipi Mudah Roti Butut Bakar Mok ‘Rare’

Share

Buat roti bakar, itu dah biasa. Apa kata kali ini RASA kongsikan satu resipi roti bakar yang paling sedap, iaitu roti butut bakar mok ‘rare’!

Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini, memang sangat nostalgia kerana menghargai sajian tradisi yang kian dilupai.

Malah resipi ini mengagung kembali budaya makanan orang lama meskipun banyak variasi yang muncul selepasnya.

 

ROTI BUTUT BAKAR MOK ‘RARE’

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus roti butut/roti benggali
Marjerin (saya guna Seri Pelangi sebab bau roti akan wangi berganda) – beli online di sini


2 biji telur
Seri kaya/jem/susu pekat untuk sapuan (saya guna susu pekat sebab rasa lagi sedap) – beli online di sini

CARA MENYEDIAKAN:

1. Paling penting kena ada roti butut. Guna satu plastik tu. Nama sebelah luarnya roti benggali. Kalau guna yang segi empat tu rasanya kurang kick. Betul, saya dah cuba. Potong saiznya setebal satu jari dengan pisau pemotong roti ya. Baru cantik.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


2. Sapu marjerin tu di kedua-dua belah roti ya.
3. Kemudian, pecahkan telur dan kacau-kacau. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa masin.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Sapu-sapu telur yang sudah dikacau tadi ke atas roti. Macam kita sapu jem atau kaya atas roti. Lebih kurang macam tu.


5. Panaskan kuali leper atau pan. Sapukan marjerin atas pan. Pastikan guna api perlahan saja.


6. Barulah dibakar atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah.


7. Tunggu sampai garing. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi.
8. Siap semua, bolehlah disusun dalam dulang ke pinggan.


9. Haa ini je pilihan sapuan yang ada. Kalau nak letak kaya ke jem terpulang. Tapi percaya kata saya, letak susu paling sedap!


10. Aduhai. Melting rasanya. Makan panas-panas dengan kesayangan. Syok betul.

Kredit resipi: Afy AL Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN