
Ketupat Pocong perkongsian saudari Biey Hasbi ni nampak sangat enak dan mudah disediakan. Kelihatan seakan lemang, namun proses penyediaannya lebih mudah dan tidak perlu dibakar lama. Hanya kukus sahaja. Enak dimakan bersama aneka rendang pilihan. Jom cuba! Pasti berselera menikmatinya bersama keluarga.
CARA BUAT KETUPAT ALA POCONG

BAHAN-BAHAN:
2 kg beras pulut – beli online disini
2 cawan santan pekat – nak lemak lebihkan sedikit – beli online disini
1 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Basuh pulut hingga jernih air. Kemudian rendam beras pulut selama 2 jam.
2. Toskan beras pulut dan kukus hingga masak.
3. Gaulkan pulut dengan santan pekat dan satu sudu teh gula untuk sekilo pulut. Kukus semula hingga berwap. Angkat.
4. Ambil sekepal pulut dan bungkus dengan daun pisang.
5. Gunakan teknik seperti menggulung daun pisang agar pulut kemas elok bentuknya dan padat.
6. Ikat bahagian hujung terlebih dahulu. Kemas dan rapatkan pulut kemudian ikat hujung satu lagi. Nak lebih padat, ikat di bahagian tengah.
7. Kukus atau rebus gulungan Ketupat Pocong. Lebih lama dikukus atau direbus, Ketupat akan lebih tahan lama dan padat macam lemang.

8. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Biey Hasbi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Buah Versi Bakar. Mudah, Sedap & Lebih Cepat Masak
Buat Sendiri Tapai Pulut Sedap Untuk Hari Raya. Begini Caranya
Daging Kicap Paling Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak
https://www.rasa.my/koleksi-aneka-resipi-nasi-bersama-lauk-pauk-sedap-sempena-aidiladha/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
7 Resipi Pasta Mak-Mak Boleh Buat Untuk Family..Senang, Sedap Dan Mantap!

Bosan kan asyik makan hidangan yang sama? Haa sekali-sekala kita tukar kepada menu masakan Barat pula. Dengan resipi ni anda sendiri boleh masak menu ala restoran di rumah. Mudah dan lebih jimat!
PASTA AGLIO OLIO SALAMI DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 500gm spageti
- 15 biji bawang putih |dicincang halus
- 5gm chili flakes
- 5gm serbuk parsli
- 60gm minyak zaitun |untuk menumis
- 30gm serbuk lada hitam
- 8 keping salami daging
CARA MEMASAK:
- Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan spageti dan garam kemudian rebus sehingga lembut.
- Tapis dan ketepikan. Ketepikan setengah cawan air rebusan tadi.
- Panaskan kuali dan tuang minyak zaitun. Perlahankan api. Tumis bawang putih dan chili flakes sehingga separuh kekuningan.
- Masukkan spageti, gaulkan dengan serbuk lada hitam dan daun parsli dan garam. Gaul hingga sebati, tuangkan sedikit air rebusan tadi.
- Bakar kepingan salami selama dua hingga empat minit kepingan salami kemudian dihiris panjang.
- Matikan api dan sediakan di dalam pinggan kemudian baru dihiaskan dengan kepingan salami daging. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, gunakan minyak zaitun extra virgin oil .
SEAFOOD PASTA

BAHAN-BAHAN:
- 300gm pasta penne
- 5-6 ekor kepah
- 5-6 ekor udang
- 3 ulas bawang putih cincang halus
- 4 sudu makan pes tomato
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam kuali dengan sedikit garam. Celur pasta selama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat yang suam. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan kepah, udang dan pes tomato. Didihkan selama 6-8 minit.
- Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
- Masukkan pasta rebus dan cincangan daun parsli. Gaul sebati dan hidangkan segera.
INFO CHEF: Boleh tambah/guna seafood mengikut bajet anda.
PESTO PASTA

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket pasta panjang – spageti/tagliatelle/linguine/fettucine
- 2 cawan cincangan daun basil segar
- ½ cawan keju parmesan/romano | parut halus
- ½ cawan minyak zaitun
- ¼ cawan kacang pain |panggang
- 5 ulas bawang putih
- Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk. Rebus pasta mengikut arahan pada bungkusan dan toskan. Ketepikan.
- Untuk membuat sos pesto; Satukan semua bahan kecuali keju, garam dan lada hitam di dalam mesin pengisar.
- Kisar sehingga semua bahan lumat.
- Tambah garam dan lada hitam secukup rasa.
- Tuangkan sos pesto dan parutan keju ke atas pasta rebus dan gaul sebati. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, boleh tambah lebih keju.
PEPPERONI PASTA

BAHAN-BAHAN:
- 400gm pasta pendek pelbagai warna
- 600gm tomato dalam tin
- 220gm pepperoni
- 1 biji cili benggala merah |cincang dadu
- 1 biji bawang besar | cincang dadu
- 2 sudu makan cincang daun parsli
- 1 sudu makan pes tomato
- 1 sudu teh paprika
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi selama 5 minit dengan api yang sederhana.
- Masukkan pula cincangan cili benggala, tomato dan pes tomato. Tambah paprika. Kacau sekata. dan didihkan beberapa minit.
- Masukkan pepperonidan sedikit daun parsli. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan selama 5 minit lagi.
- Sementara itu, didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Celur pasta pelbagai warna selama 8-10 minit dan toskan. Tuang ke dalam pinggan hidang.
- Tuang sos ke atas pasta dan tabur lebihan daun parsli cincang. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Jika mahu lebih pedas, boleh tambah lebih serbuk paprika.
LINGUINE ALLA PUTTANESCA

BAHAN-BAHAN:
- 300gm linguine
- 400gm plum tomatoes
- 10 ekor anchovy fillets (dalam tin)
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan capers | toskan
- ¾ cawan buah zaitun | cincang kasar
- Secubit serbuk cayenne
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Rebus linguineselama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat suam. Ketepikan.
- Tomato dicelur, buang kulit dan cincang. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
- Masukkan fillet anchoviesdan hancurkan sedikit. Tambah capers, buah zaitun dan cincangan tomato. Tambah serbuk cayenne dan didihkan selama 20 minit.
- Gaul sos tadi bersama linguinerebus dan tabur cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Capers adalah buah daripada tumbuhan berasal dari Mediteranian. Bentuknya kuncup kecil dengan warna kehijauan. Biji ini memiliki kelopak yang lembut. Biasanya diawetkan dengan diberikan garam dan dimasukkan dalam larutan cuka.
CREAMY RAVIOLI

BAHAN-BAHAN:
- 400gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam | cincang halus
- 120gm hirisan cendawan
- 50gm cincangan bayam muda
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 6 sudu makan parutan keju romano
- 2 sudu makan cincangan daun basil segar
- 1 cawan krim masakan
- 2 biji telur | pukul dengan garpu
- Secubit serbuk buah pala
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
- Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Hidangan yang mengenyangkan.
CHICKEN TORTELINNI

BAHAN-BAHAN:
- 450gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam |cincang dan celur hingga empuk
- 1 labu bawang Bombay | cincang halus
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- 50gm bayam muda
- 2 sudu makan parutan keju parmesan
- 1 biji telur |pukul dengan garfu
- Secubit ‘allspice’
- Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN-BAHAN SOS:
- 1 ½ cawan krim masakan
- 120gm cendawan butang | hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 4 sudu makan parutan keju parmesan
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
- Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
- Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat. Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap). Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam. Celur tortellini selama 5 minit dan toskan. Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.
Masak Spageti Aglio Olio Sedap Versi Melayu Guna Chilli Flakes Dominos

Spageti Aglio Olio tentunya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Sajian dari Eropah ini sangat ringkas dan mudah disediakan. Namun ada juga yang kurang gemar kerana rasanya yang tidak pedas. Nah… Jangan risau, ada resipi Spageti Aglio Olio cita rasa Melayu perkongsian saudara Mohd Shahrizal yang pastinya kena dengan selera anda. Pedas dan berbawang. Memang nikmat. Oh ya, kalau ada paket-paket emping cili Dominos tu, boleh guna tau untuk masak menu ni. Sedap! Barulah tak membazir.
CARA MASAK SPAGETI AGLIO OLIO SEDAP IKUT SELERA MELAYU

BAHAN-BAHAN:
Spageti secukupnya – rebus hingga lembut – beli online disini
5-6 ulas bawang putih – tumbuk – beli online disini
1/2 biji bawang holland – hiris – beli online disini
3 biji cili padi – lebihkan jika suka – beli online disini
Udang secukupnya
Sotong secukupnya
Kupang – jika suka
Emping cili secukupnya (empunya resipi guna 5 paket) – beli online disini
Brokoli – rebus guna air rebusan pasta
Garam & perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland dan cili padi hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan udang dan juga sotong. Jika suka, boleh masukkan kupang. Masak hingga air sotong kering.

3. Seterusnya masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan airnya. Masukkan juga emping cili mengikut tahap kepedasan yang digemari. Tambahkan juga garam serta perasa dengan secukupnya.

4. Gaul spageti hingga bercampur rata dengan semua bahan.
5. Akhir sekali, masukkan brokoli yang telah direbus menggunakan air rebusan pasta. Gaul lagi.

6. Spageti Aglio Olio cita trasa Melayu sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Mohd Shahrizal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Sayur Pedas Timun Ikut Resipi Arwah Mak. Sedap Tak Terkata
Resipi Terung Goreng Bertuna. Sangat Sedap, Rugi Kalau Tak Cuba
Terlajak Mudah. Resipi Agar Agar Buah Bermacam Jenis Paling Sedap
5 Bahan Je. Resipi Kuih Siput Lemak Manis Rangup Yang Super Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Buat Cendol Sedap Guna Tepung Beras. Mudah & Tak Banyak Bahan

Terasa nak makan Cendol di musim PKP ni? Petang-petang cuaca panas macam ni memang sedap kalau makan cendol sejuk. Kena pula dengan santan dan air gula melaka padu, fuh…laju je hirup. Kalau nak lebih sedap, cubalah buat cendol homemade ni. Pasti lagi mengancam rasanya. Tambah pula sekarang ni musim durian. Tambahlah seulas dua. Lagi padu.
Kalau nak tahu, mudah je buat sendiri sajian ini di rumah. Pasti seronok bila lihat hasilnya. Kos tak banyak, tapi satu keluarga boleh makan. Pendek kata memang puas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak ni. Sangat mudah. Pekali cuba, pasti akan buat lagi berkali-kali. Selamat mencuba!
RESIPI CENDOL HOMEMADE SEDAP BOLEH BUAT GUNA TEPUNG BERAS

BAHAN-BAHAN:
- 2/3 cawan tepung beras – beli online disini
- 1/3 cawan tepung ubi – beli online disini
- 1 sudu teh air kapur – beli online disini
- Secubit garam
- 800ml air
- 1 mangkuk air berais
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan masak atas api sederhana hingga betul-betul kental.

2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.

3. Gunting hujung piping bag dan pici ke dalam mangkuk berisi air berais. Jika adunan panas, alas piping bag guna kain. Picit hingga adunan habis.

4. Siap! Sedia untuk dinikmati ikut citarasa. Buat cendol durian memang sedap!

Kredit resipi & foto: Najwa Abd Razak
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/20-resipi-kukus-rebus-istimewa-sempena-ulang-tahun-rasa-ke-20/
Petua Masak Sambal Tumis Sotong Kembang Yang Sedap & Tak Liat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

