Uncategorized

Sedap dan Mudah, Lasagna Daging Cheese Tertarik Ini Memang Padu!

Share

Lasagna daging cheese ini memang layan habis. Padu cheese tariknya. Daging cincangnya berjus, tak kering. Mozzarella cheese dan kepingan cheddar cheese buat rasanya lebih mantap. 

Penggemar lasagna pasti sukakan resipi mudah ini. Ikuti resipi lasagna daging cheese tertarik memang padu daripada Ariana Sofia Ahmad.

BAHAN-BAHAN:

11-12 keping lasagna – Boleh beli online di sini

600g daging cincang

1 sudu cili giling

3 biji bawang merah (dicincang halus) – Boleh beli online di sini

3 biji bawang putih (dicincang halus)

1 sudu besar oregano – Boleh beli online di sini

1sudu kecil secukup rasa

1 sudu besar gula

1sudu kecil garam

680g sos pasta tomato Prego 

½ cawan air

================

400ml susu full cream – Boleh beli online di sini

2 sudu besar butter

1 sudu kecil gula

2 sudu besar gandum

2 keping cheddar cheese – Boleh beli online di sini

================

100g tomato puri

1 sudu besar minyak

CARA MEMASAK:

Mula-mula, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.

Masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.

Kemudian, masukkan pula daging cincang.

Tumis sehingga daging bertukar warna.

Masukkan pula sos pasta tomato dan kacau sebati.

Kemudian, masukkan oregano dan kacau sebati.

Masukkan gula dan kacau sebati.

Masukkan pula garam dan kacau sebati.

Masukkan Cukup Rasa dan kacau sebati.

Akhir sekali, masukkan air.

Kacau sehingga kuah sedikit pekat serta daging masak. Ketepikan.

Dalam kuali lain, cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan tak berketul.

Masukkan pula susu full cream

dan gula. Kacau sebati.

Masukkan kepingan cheese dan kacau sehingga pekat.

Jangan terlampau pekat, nanti bila sos putih dah sejuk, sos akan bertambah pekat.

Dalam bekas, masukkan sos tomato puri dan minyak masak. Kacau sebati. Boleh guna bekas kaca 9 inci, bakar terus di dalam oven.

Rebus lasagna dulu sehingga lembut.

Bila dah lembut, toskan. Pastikan susun elok supaya tak melekat dengan yang lain.

Susun lasagna dalam bekas tadi.

Letak inti daging dan ratakan.

Letak sos putih pula.

Taburkan mozzarella cheese dan daun basil. Nak gunakan oregano atau yang lain pun boleh.

Ulang semula dengan letak kepingan lasagna, daging, sos putih, dan cheese sehingga ke lapisan teratas. Buat 3 lapisan. Pastikan bahagian atas sekali, tabur dengan oregano.

Dah siap, balut dengan aluminium foil dan bakar suhu 170°c selama 50 minit. Boleh kurangkan masa atau suhu bergantung pada oven masing-masing.

Lasagna dah siap dimasak. Nak nampak perang bahagian atas, buka aluminium foil dan bakar 5 minit lagi.

Lasagna dah boleh dipotong dan sedia dihidangkan. Cheesenya tertarik menarik. Selamat mencuba.

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN