Bagi penggemar Onion Cheese Paratha dari rangkaian makanan segera Hot n Roll, anda patut cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Nur Fakhira Mohd Rosli ni. Bila buat sendiri ni lebih puas hati. Mayones, bawang, ayam, keju, semuanya boleh diletak mengikut selera dan cita rasa sendiri. Rasanya? Kata empunya resipi memang sama dan sangat puas hati. Memang puas dimakan berbanding yang dibeli. Jom cuba. Anda pun pasti sukakannya.
RESIPI HOMEMADE ONION CHEESE PARATHA HOT N ROLL
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali, letak sekeping paratha. Masak guna api kecil dan biar hingga agak garing.
2. Terbalikkan kepingan paratha tadi. Susun hirisan sosej, keju dan tabur rata bawang holland.
3. Tutup kuali dan biarkan selama 5 minit. Masak guna api yang paling kecil. Biar sampai permukaan bawah garing.
4. Tabur rata serbuk cili dan serbuk lada hitam jika suka.
5. Kemudian paipkan mayones secukupnya.
6. Lipat kepingan paratha menjadi dua kemudian lipat sekali lagi.
7. Angkat dan nikmati segera untuk rasa yang paling enak.
Kredit resipi & foto: Nur Fakhira Mohd Rosli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Ayam goreng bawang putih ini memang tular dan telah ramai yang berkongsikan resipi cara membuatnya.… Read More
Jika ke restoran Thai, pasti ada menu Phad Thai Udang. Menu ini patut dicuba tau.… Read More
Ikan tongkol masak goreng kicap pedas ini sesuai sama ada untuk berbuka atau sahur. Selalunya… Read More
Sambal bilis nasi lemak versi tak pedas, khas untuk anak ini. Jadi, bolehlah anak-anak makan… Read More
Kerabu timun Kelantan sedap dimakan sejuk waktu berbuka. Memang rasa segar bila kita makan. Buatnya… Read More
Jika singgah ke restoran Mamak, antara yang jadi pilihan adalah roti canai, capati, dan tose.… Read More