Sayur Lebam Bila Dimasak, Boleh Bantut Selera. Cuba 4 Petua Ini, Gerenti Sayur Kekal Hijau!

Share

Anda penggemar sayur-sayuran, tapi yang menjadi sakit hati bila sayur  hijau segar bila dimasak je berubah menjadi lebam. Kadang-kadang membantutkan selera makan. Sekarang usah risau kerana ada cara mudah menangani masalah ini hanya dengan garam.

  1. Merebus atau celur: Semasa merebus sayur hijau seperti bayam atau sawi, anda hanya perlu menambah sedikit garam dalam air rebusan. Masak lebih kurang satu minit angkat dan toskan. Untuk menghilangkan rasa masin pada sayur, lalukan siramnya dengan air masak dan toskan semula dan sedia dihidangkan tanpa berubah warna.

2. Menumis: Anda disarankan gunakan minyak zaitun, tumis sekejap dan jangan biarkan sayur terlalu layu. Angkat dan segera dihidangkan.

3. Jangan biarkan sayur terlalu lama dalam kuali: Ini juga faktor menyebabkan sayur  berubah warna. Pindahkan segera ke dalam pinggan sejurus masak, ia bukan hanya mengekalkan kehijauan sayur tetapi juga keranggupannya.

4. Gunakan api besar agar sayur masak sepantas kilat: Ia bertujuan mengekalkan kesegaran dan kehijauan sayur.

Lepas ni bolehlah cuba ye…

IKLAN