Sayur Jawa, Kari Telur & Ayam Goreng Kunyit. Air Tangan Raja Permaisuri Agong Untuk Para Petugas HKL & CPRC.

Share

Keprihatinan serta kasih Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap rakyat memang tidak perlu disangkal lagi. Bila ada musibah yang melanda rakyat, baginda antara yang pertama menghulurkan tangan bagi meringankan beban.

Dalam situasi wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini, Raja Permaisuri Agong turut sama membantu. Hari ini baginda berkenan untuk menyajikan buat para petugas di Hospital Kuala Lumpur dan juga Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan ( CPRC).

Antara menu yang disediakan adalah Sayur Jawa, Kari Telur, Ayam Goreng Kunyit dan buah-buahan.

Semalam baginda juga berkenan untuk menyediakan sajian ‘food pack’ kepada para petugas di Hospital Sungai Buloh dan CPRC. Antara menu-menunya adalah Nasi Goreng Cheminahsayang dan Sambal Tumis Bilis, Sayur Goreng, Kari Ayam dan Telur Goreng.

Ayuh sama-sama ikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dan bantu para petugas hospital dalam membendung penularan virus Covid-9 di negara ini.

 

Sumber: Instagram airtangan_tunkuazizah

IKLAN