Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Sedap Macam Dekat Kedai

Share

Penggemar sajian Sawi Jepun Masak Sos Tiram pasti tahu betapa mudahnya untuk emmasak hidangan ini. Tidak perlu bahan memasak yang sukar. Hanya guna beberapa bahan serba ringkas dan mudah didapati sahaja. Dalam masa 15 minit pun boleh siap masak. Bagi anda yang baru berjinak nak makan sayur hijau, resipi ini boleh dicuba. Sawi jepun ni tidak mempunyai rasa yang kuat dan sedap. Cubalah. Saudari Zurina Zulkefli

ada kongsikan resipinya. Anda pasti sukakannya.

CARA MASAK SAWI JEPUN SOS TIRAM YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
3 batang sawi Jepun
4 ulas bawang putih beli online disini
Sedikit minyak masak
3 sudu besar air
2 sudu besar sos tiram beli online disini
2 sudu besar bancuhan tepung jagung beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Sawi Jepun dibersihkan dan potong belah tengah. Satu pokok sawi akan dapat dua sisi sawi.


2. Rebus selama 2 minit dan toskan. Susun di atas pinggan.


3. Hiris halus bawang putih.


4. Kemudian goreng bawang putih dengan minyak masak sehingga warna bawang keemasan. Angkat dan letak tepi.


5. Tinggalkan sedikit minyak bawang tadi, tambahkan air dan sos tiram. Kacau perlahan. Tidak perlu tambah garam sebab sos tiram sudah cukup masin.


6. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga kuah menjadi tebal dan likat.


7. Tuangkan sos tiram ke atas susunan sawi rebus tadi.


8. Taburkan kepingan bawang putih goreng.


9. Sawi Jepun Masak Sos Tiram sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN