Sardin 4 Bahan, Boleh Buat Stok ‘Frozen’. Mudah, Sedap, Terjamin & Tak Was-Was.

Share

Bila isu sardin cacing viral, nak beli pun dah rasa was-was. Inikan pula nak makan yang dah dimasak di kedai-kedai, memang jauh sekali. Jadi jika kamu rasa tidak yakin dengan kebersihan sardin tin, boleh cuba cara sardin homemade ni. Rasanya sedap malah lebih puas hati!

 

RESIPI SARDIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 3kg +- Ikan sardin / saba macerel / ikan selayang
  • 2 biji bawang holand | dikisar
  • 10 biji tomato | dikisar
  • 1 tin tomato puree | dalam +-400grm
  • 1 tin air | guna tin tomato puree
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak

 

CARA MEMASAK:

Cuci ikan bersih2..sy guna ikan sardin + saba macerel

Masukkan minyak..Stir fry 2 biji bawang holand yg dah blend smpai wangi

Masukkan 10 biji tomato kisar..gaul rata

Masukkan tomato puree 1 tin besar +-400g

Masukkan 1 tin air (guna tin tomato puree)

Masukkan garam secukup rasa

Masukkan gula secukup rasa

Masukkan ikan..ratakan kedudukan ikan..pastikan ikan tenggelam..kuah juga elok cair utk elakkan hangit dibawah..

Set high preasure 80 mnt..klu buat ikan 1kg 60mnt dah cukup,nnt test dulu samada tulang ikan dah lembut..klu belum lembut,tambah masa HP 5 mnt lagi..jika kuah terlalu cair,bole Stir fry bagi kering ckit..selamat mencuba

Ikan sardin yg dah siap..

Tulang ikan lembut

Hasilnya dan cara saya simpan untuk disejuk bekukan

 

Kredit resipi: Nur Ezani Shukri

IKLAN