Usai menjamu selera puding manis lemak berkrim pastinya melengkapkan sajian makan tengahari atau makan malam anda.
Enak dimakan sejuk dari peti ais, dua puding hasil idea tenaga pengajar dari KDU University College , Chef Fame Taufiq Fakarudin memang istimewa. Lembut dan cair di mulut…aahhh nyaman di tekak. Selamat mencuba.
PUDING SANTAN DAN MOUSSE SANTAN
BAHAN-BAHAN ;
300 gm susu segar @ penuh krim
200gm krim cair
3gm garam @ secukup rasa
Ads
100gm gula kastor
15gm serbuk gelatin
30gm air
50gm daun pandan | dikisar bersama susu
Bahan mousse santan :
120gm santan pekat
300gm coklat putih
15gm serbuk gelatin
35gm air
400gm krim putar manis
3gm gula
CARA MEMASAK :
Puding Pandan:
1. Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
2. Kisar daun pandan bersama susu, tapis dan buang serat pandan
3. Campurkan krim, susu, garam dan gula ke dalam periuk
4. Panaskan kesemua bahan tersebut diatas api yang sederhana dan masak sehingga suam
5. Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
6. Tuangkan adunan pandan ke dalam loyang atau gelas dan simpan di dalam peti sejuk sehingga kental
7. Potong puding mengikut kehendak hidangan
Mousse Santan:
1. Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
2. Cairkan coklat putih di atas air panas yang mendidih
3. Panaskan santan dan garam bahan tersebut di atas api yang sederhana sehingga suam
4. Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
5. Campurkan coklat puti yang cari kedalam adunan tadi
6. Pukul krim putar sehingga kembang
7. Masukkan krim putar tadi kedalam adunan santan, gaulkan sehingga sebati
8. Masukkan kedalam beg piping bersama star nozzle
9. Paipkan mousse santan ke atas puding pandan
SAIZ HIDANGAN : 6- 8 orang
Ads
INFO CHEF :
1. Hiaskan bersama kepingan isi kelapa yang dihiris nipis, daun pandan dan juga sedap bersama kepingan coklat
2. Garam akan menaikkan rasa lemak di dalam setiap hidangan yang mengandungi santan, susu dan krim
PUDING STRAWBERI & KOPI ITALI
BAHAN-BAHAN :
200gm susu segar @ susu penuh krim
500gm krim cair
4gm garam @ secukup rasa
Ads
120gm gula kastor
20gm serbuk gelatin
60gm air
10gm pes strawberi
10gm pes kopi
CARA MEMASAK :
1. Taburkan serbuk gelatin ke dalam air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
2. Campurkan krim, susu, garam dan gula ke dalam periuk
3. Panaskan kesemua bahan tersebut diatas api yang sederhana dan masak sehingga suam
4. Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
5. Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian dan masukkan pes starwberi kedalam satu bahagian dan pes kopi ke dalam bahgian yang lain
6. Tuangkan adunan strawberi ke dalam gelas yang disengetkan di dalam peti sejuk
7. Sejukkan sehingga kental dan tuang adunan kopi kedalam gelas yang sama dan sejukan sehinggan kental
8. Boleh dihindangkan bersama krim putar yang diletakkan hirisan strawberi, daun pegaga dan coklat ‘shaving’
INFO CHEF :Untuk memberi keenakan yang unik, puding ini boleh dihidangkan bersama sos strawberi
Resipi : Chef Fame Taufiq Fakarudin
Terima kasih : KDU University College, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Karipap Daun Sup ni nampak sedap, unik dan menarik. Kalau biasa anda makan karipap kulit kosong tu, kali ni boleh cuba karipap daun sup perkongsian saudari Tie Watiezz ni. Mesti lagi wangi! Jom lihat cara-caranya.
Biskut pelbagai rasa dan rupa yang menarik ni memang sedap dinikamati bila-bila masa pun. Ambil sebalang kunyah sambal menonton tv tau-tau licin aje balang tu. Yang pasti hiasan dan corak biskut tu boleh membangkit selera sesiapa jua.
Nah ni 12 aneka biskut@cookies dari Nor Shahidah Mohd Mahayadin, Yummilicios Cakes n Cookies sudi berkongsi 12 resipi biskut bersama RASA. Laku keras ni kalau buat jualan lagi pulak secara online.
1. CEREAL & SUNFLOWER SEED COOKIES
BAHAN-BAHAN :
85 gm mentega
85 gm gula kastor
½ biji telur
½ sudu teh esen vanilla
142 gm tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
30 gm biji bunga matahari
30 gm campuran ceri hijau dan merah
Bahan hiasan :
Serbuk nestum secukupnya
Biji bunga matahari panggang secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan esen vanilla, telur, pukul rata
Masukkan tepung gandum,dan baking powder.
Masukkan biji bunga mata dan ceri.
Gaul rata hingga terbentuk doh.
Jemput sedikit dan salut dengan serbuk nestum, dan hiaskan kuaci di atasnya.
Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan kuaci atau biji labu
2. MELTING MOMENTS COOKIES
BAHAN-BAHAN :
85 gm mentega
85 gm gula kastor
1/2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
142 gm tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
30 gm corn flakes | dihancur
Bahan hiasan:
Cornflakes hancur secukupnya untuk hiasan.
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan esen vanilla dan telur, pukul rata.
Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik, gaulkan.
Masukkan cornflakes hancur, gaul rata hingga jadi doh
Jemput sedikit doh dan golekkan ke dalam cornflakes hancur.
Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar hingga perang keemasan.
INFO CHEF : Anda boleh juga memasukkan bahan campuran lain seperti biskut Marie hancur. Adunan ini sangat lembut.
3. PANDAN SNOW COOKIES
BAHAN-BAHAN :
85 gm mentega
85 gm gula kastor
1/2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
142 gm tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
2 sudu teh perisa pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Bahan hiasan:
Kelapa parut kering
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan esen perisa pandan, pewarna hijau dan telur, kemudian pukul rata.
Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik
Kemudian masukkan doh ke dalam beg piping.
Bentukkan ikut bentuk kegemaran, dan taburkan kelapa parut kering.
Panaskan oven dan bakar sehingga perang keemasan.
INFO CHEF: Gunakan kelapa parut yang dijual dalam tin.
4. TRIPLE M & M COOKIES
BAHAN-BAHAN :
100 gm mentega
1 sudu makan susu tepung
50 gm gula aising
½ biji telur
1 sudu teh esen vanilla
230 gm tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
Bahan hiasan :
Coklat M & M secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang.
Masukkan telur, esen vanilla dan susu tepung, gaul rata.
Masukkan tepung gandum, dan hingga membentuk doh.
Simpankan sebentar di dalam peti ais lebih kurang 10 – 15 minit.
Bentukkan bulat dan tekan dengan garfu.
Susunkan coklat M & M diatasnya. Susun di atas dulang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega.
Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.
INFO CHEF : Susun biskut jarak jauh sedikit kerana ia akan mengembang. Dohnya agak lembut.
5. HAPPINESS SHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN :
100 gm mentega
1 sudu makan susu tepung
50 gm gula aising
½ biji telur
1 sudu teh esen vanilla
230 gm tepung gandum gandum | diayak
30 gm badam | dihancurkan kasar
Bahan hiasan :
Kacang badam, buah-buahan campuran dan coklat urai warna warni secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang.
Masukkan telur, esen vanilla dan susu tepung.
Masukkan tepung gandum dan masukkan badam hingga menjadi doh.
Simpankan doh sebentar di dalam peti ais selama 10 minit.
Bentukkan dengan acuan bentuk kapal.
Hiaskan dengan kacang badam, buah-buahan campuran dan taburkan coklat urai.
Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius dan perang keemasan.
INFO CHEF : Coklat M & M ini juga boleh dimasukkan dalam adunan jika suka, anggaran 30 gm
6. MILKY ALIEN COOKIES
BAHAN-BAHAN :
125 mentega
½ tin susu pekat manis
400 gm tepung jagung | diayak
4 sudu makan susu tepung | diayak
Bahan hiasan :
Cip coklat dan coklat urai
CARA MEMASAK :
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan.
Adunkan semua bahan hingga menjadi doh.
Bentukkan menjadi seperti choc kiss.
Hiaskan dengan cip coklat dan coklat urai.
Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius, bakar api bawah sehingga 25 minit hingga di bawahnya perang keemasan.
INFO CHEF : Hanya dengan menggunakan empat bahan anda boleh membuat biskut alien yang sedap ini.
7. LEMON & CHERRY BUTTER COOKIES
BAHAN-BAHAN :
1 cawan mentega
1 ½ cawan gula kastor
2 biji telur
2/3 cawan jus lemon
4 cawan tepung naik sendiri | diayak
½ sudu teh garam halus
3 sudu makan parutan kulit lemon
1 sudu teh baking soda | diayak
Bahan hiasan :
Ceri merah dan ceri hijau
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan jus lemon dan telur, pukul rata
3. Masukkan tepung naik sendiri.
4. Masukkan garam halus dan baking soda
5. Akhir sekali masukkan kulit lemon, gaul dana adun hingga membentuk doh
6, Simpan adunan dalam peti sejuk dalam 10 minit.
7. Masukkan ke dalam piping beg, dan bentukkan serta hiaskan dengan buah ceri
8. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan.
INFO CHEF : Kaya dengan rasa lemon yang masam dan manis. Biskut ini tidak muak dimakan.
8. TANGY ORANGE BUTTER COOKIES
BAHAN-BAHAN :
1 cawan mentega
1 ½ cawan gula kastor
2 biji telur
2/3 cawan jus oren
4 cawan tepung naik sendiri | diayak
½ sudu teh garam halus
1 sudu teh baking soda | diayak
2 sudu makan parutan kulit oren
Bahan hiasan :
Parutan kulit oren secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan jus oren dan telur dan pukul rata.
3. Masukkan tepung naik sendiri.
4. Masukkan garam halus dan baking soda
5. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren
6. Simpan adunan dalam peti sejuk dalam 10 minit
7. Masukkan ke dalam piping beg, dan bentukkan serta hiaskan dengan kulit oren yang diparut
8. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan.
INFO CHEF : Boleh tambah pewarna oren untuk warna lebih menyerlah. Gunakan oren Sunkist atau jenama berkualiti untuk rasa lebih sedap.
9. ROSE VELVET COOKIES
BAHAN-BAHAN :
200gm mentega
30gm shortening
220gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh cuka makan
300gm tepung gandum | diayak
30gm tepung koko | diayak
50gm tepung jagung | diayak
¾ sudu teh serbuk penaik | diayak
¾ sudu teh baking soda | diayak
¼ sudu teh garam halus
1 sudu teh esen vanilla
1sudu makan pewarna merah
Bahan hiasan :
Biji manik warna perak saiz sederhana secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega danshortening dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan cuka makan,vanilla,pewarna merah serta, telur, pukul rata
3. Masukkan tepung gandum,serbuk penaik,garam,tepung jagung dan tepung koko
4. Masukkan garam halus dan baking soda, gaul rata.
5. Masukkan adunan kedalam piping beg dengan nozzle bunga
6, Hiaskan dengan manik
7. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius bakar lebih kurang 15-20min.
INFO CHEF : Adunannya agak lembut, jadi ia lebih sesuai dibentukkan secara piping.
10. CAPPUCINO BUTTER COOKIES
BAHAN-BAHAN :
240gm mentega
4sudu teh pes serbuk kopi
80gm gula aising
220gm tepung naik sendiri | diayak
80gm tepung jagung | diayak
25gm serbuk badam
1 sudu teh esen vanilla
Bahan hiasan:
Gula berbentuk hati warna merah secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Pukul mentega, gula aising hingga kembang.
2.Masukkan pes kopi,vanilla dan telur, pukul rata
3.Masukkan tepung naik sendiri,tepung jagung dan serbuk badam
4.Masukkan kedalam piping beg, dan paipkan seperti semperit.
5. Hiaskan dengan gula hati warna merah
6. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius bakar sehingga perang keemasan.
INFO CHEF : Serbuk kopi dijadikan pes dengan mencampurkan dengan air secukupnya hingga menjadi pes.
11. COFFEE AND CEREAL COOKIES
BAHAN-BAHAN :
50 gm mentega
1 biji telur | kuning sahaja
20 gm gula aising
80 gm tepung naik sendiri | diayak
30 gm instant coffee | diayak
½ sudu teh esen vanilla
Bahan hiasan :
Corn flakes hancur dan cip coklat putih, secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
Masukkan vanilla dan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan tepung naik sendiri serta pes serbuk kopi segera.
Adun menjadi doh hingga boleh diterap dengan acuan biskut @ cookie cutter
Hiaskan dengan corn flakes hancur dan cip coklat putih.
Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.
INFO CHEF : Anda boleh memasukkan sedikit corn flakes untuk rasa yang lebih rangup
12. RAINBOW RING COOKIES
BAHAN-BAHAN:
200gm mentega
80gm gula aising
250gm tepung gandum | diayak
80gm gajus | dikisar
Bahan hiasan:
Manik biji warna warni @ thousand sprinkles, secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega, gula icing hingga kembang.
Masukkan gajus kisar dan tepung gandum
Terapkan dengan acuan pemotong biskut
Hiaskan dengan thousand sprinkles.
Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan jenis kacang yang lain seperti walnut dan pistachio.
RESEPI : NOR SHAHIDAH MOHD MAHAYADIN
Terima kasih : D’Kayangan , Seksyen 13, Shah Alam. Ig : shidamahayadin fb : Yummilicious cakes n cookies
Resipi sedap dan mudah untuk gulai ikan baung bersama daun kesom. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Bahan-bahan yang digunakan dalam resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini pun senang je didapati di kedai. Jom kita cuba!
GULAI IKAN BAUNG BERSAMA DAUN KESUM
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan baung | dicuci bersih bersama air asam jawa atau air tepung jagung untuk hilangkan hanyirnya 2 sudu besar kerisik – beli online di sini 3 sudu besar cili kisar /ciliboh – beli online di sini ½ peket besar rempah kari ikan (saya guna Adabi) – beli online di sini 1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini 1 ikat daun kesum 1 sudu besar asam jawa | dibancuh dengan sedikit air, ambil airnya sahaja (asam jwa ni boleh agak-agak, jangan terlebih nanti masam)
1. Dalam satu bekas besar masukkan bahan kisar, rempah kari ikan, cili kisar, cili serbuk dan kacau semua ni sebati jadikan seperti pes. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan pes tadi dengan api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan kerisik, kacau sebati.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...