Sangat Sedap. Resipi Sambal Belacan Kenduri Kelantan Paling Padu

Share

Tak lengkap hidangan setiap hari tanpa adanya sambal. Kalau nak tahu, Sambal Belacan Kenduri Kelantan ini memang popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Ia sesuai dimakan untuk semua jenis nasi. Kalau pernah rasa makan kenduri di Kelantan, ha…inilah sambalnya. Sekali buat dalam jumlah yang banyak kerana sambal ini boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama disimpan lagi sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ruby Suhana Said

ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.

 

RESIPI SAMBAL BELACAN KENDURI KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang holland – dibakar/ panggang – beli online disini
1 labu bawang putih – dibakar/ panggang – beli online disini
4 biji tomato – dibakar/ panggang
6 biji cili merah
1 genggam cili api – ikut tahap pedas masing-masing
8 biji limau kasturi – kisar bersama kulit
1 cawan cuka – beli online disini
2 keping kecik / 1 keping besar Gula Nisey (Gula kerek) – beli online disini
4 sudu makan gula putih – ikut tahap manis digemari
Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Bakar atau panggang bawang holland, bawang putih dan tomato.


2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dibakar dan bahan-bahan lain ke dalam pengisar.


3. Kisar semua bahan tanpa menggunakan air.


4. Biarkan sambal beberapa jam di dalam bekas sebelum dimasukkan ke dalam balang.


5. Jika buat dalam kuantiti yang banyak, simpan sambal da;am peti sejuk supaya tahan lebih lama.

INFO: Sambal Kelantan tidak menggunakan belacan dan tidak perlu letak air masa kisar.

Kredit resipi & foto: Ruby Suhana Said

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN