Sangat Mudah & Jimat Minyak, Daging Bakar Harimau Menangis Guna Air Fryer

Share

Kecur air liur sungguh tengok daging bakar harimau menangis ni. Dengan nampak juicy dan menyelerakan, kini boleh dibuat dengan mudah saja menggunakan air fryer (AF).

Memang menjimatkan dan dapur pun tak berkecah kan dengan kesan minyak merata-rata.

DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS GUNA AF & SOS ALA THAI

BAHAN UNTUK PERAPAN DAGING:

½ kg daging
3 ulas bawang putih | ditumbuk


1 sudu besar lada hitam | ditumbuk
1 sudu kecil garam
2 sudu besar sos tiram – beli online di sini
2 sudu besar sos ikan – beli online di sini
3 sudu besar gula perang

CARA-CARA:

1.Campur semua bahan di atas dengan daging dan perap selama 2-3 jam. Lagi lama lagi sedap rasa daging.
2.Kelar daging atau cucuk dengan garfu supaya bahan-bahan perapan dapat meresap ke dalam.
3.Bakar dalam Air Fryer (AF) dengan suhu 180C selama 25 minit. (selepas 15 minit, balikkan dan bakar lagi 10 minit).

BAHAN SOS ALA THAI:

4 ulas bawang putih | ditumbuk – beli online di sini
10 biji cili padi | ditumbuk – beli online di sini
2 biji cili api | dihiris


2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar gula perang – beli online di sini
1 bawang merah | hiris nipis – beli online di sini
2 biji air perahan limau
Sedikit daun ketumbar

CARA-CARA:

Satukan semua bahan di atas mengikut selera anda dan kacau sebati.

Kredit resipi: Nuryusra Ibrahim Kutty
Kredit gambar: Nur Husna

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN