Sandwich Goreng Inti Sardin. Rasa Sedap & Mudah Nak Buat

Share

Pernah cuba Sandwich Goreng? Jika tidak pernah, anda harus cuba. Sangat sedap dan sesuai disajikan pada bila-bila masa. Intinya boleh diperlbagaikan. Boleh guna sardin, sambal tumis bilis, tuna dan sebagainya. Ikut selera masing-masing. Cara masaknya juga cukup senang malah tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zila Nur Aril ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI SANDWICH GORENG INTI SARDIN SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus roti sandwic


1 tin kecil sardin beli online disini
1 biji bawang besar – dicincang
4 biji cili padi – hiris
1 hiris jus lemon
Secubit garam

BAHAN BANCUHAN TEPUNG:
1 cawan tepung gandum beli online disini
2-3 sudu makan tepung jagung beli online disini
1 biji telur
Secubit garam
Air secukupnya
Pewarna kuning / serbuk kunyit jika suka beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti, cincang bawang besar dan cili boleh tambah jumlah ikut cita rasa.
2. Tuang sardin ke dalam bekas dan hancurkan. Campur hirisan bawang, cili, garam dan perahan lemon untuk mengurangkan bau hanyir. Gaul sebati. Ketepikan.


3. Untuk bancuhan tepung, campur semua bahan dan sebatikan. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Boleh masukkan sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit untuk menaikkan warna.


4. Potong roti menajdi bentuk segi tiga begini.


5. Sapukan inti sardin pada kepingan roti denga secukupnya. Kapitkan dengan sekeping lagi roti.


6. Tekan sedikit bahagian hujung roti supaya rapat dan melekat sebegini.


7. Masukkan roti ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Salut dan ratakan di seluruh bahagian termasuk tepi roti. Amat penging supaya roti tidak terbuka bila digoreng.


8. Panaskan minyak dan goreng roti tadi sehingga keemasan.


9. Angkat dan toskan minyaknya. Sandwich Goreng Inti Sardin sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zila Nur Aril

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN