Samperit Susu, Hanya Guna 3 Bahan. Jom Cuba Buat!

Share

Rasanya inilah antara biskut yang rendah kos untuk membuatnya. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu mentega, susu pekat manis dan tepung jagung.

Walaupun bukan hari raya, bolehlah buat untuk kudapan. Kan? Rasanya manis dan rangup serta cair di dalam mulut. Jom kita lihat resipinya. Mudah betul!

SEMPERIT SUSU 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN
125 gram mentega
1/3 cawan susu pekat manis
250 gram tepung jagung

Resipi ini boleh dapat 58 biji biskut samperit susu.

CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, masukkan mentega dan susu pekat manis. Kacau sebati sehingga mesra.

Mentega dan susu pekat manis.
Kacau sampai jadi seperti ini.

2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Gaul rata gunakan spatula.

Masukkan tepung jagung.
Gaul sehingga begini.

3. Kemudian, barulah uli guna tangan sehingga menjadi doh.

Uli sampai jadi begini.

4. Ambil sedikit doh. Masukkan dalam acuan bercorong.


5. Tekankan doh menggunakan acuan terus ke atas loyang yang telah disapukan sedikit mentega nipis-nipis.


6. Selepas selesai seloyang, rehatkan selama 20 minit sebelum dibakar.


7. Bakar pada suhu 140 darjah, api atas dan bawah selama 25 minit atau ikut oven masing-masing.
8. Siap dibakar, tunggu sejuk, barulah disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Sumber: Samsiah Hj Mat Ali

Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi

Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah:
https://youtu.be/MUUAefl_3Os

IKLAN