Sambel Goreng Putih Kacang Tolo Menu Jawa Yang Boleh Dicuba

Share

Tau apa itu kacang TOLO? Kacang tolo ialah kacang berwarna putih yang ada sedikit hitam macam mata. Kacang ni ada orang masukkan dalam ketupat palas atau ketupat pulut yang dibalut dengan daun kelapa.
Orang jawa ada menu tersendiri yang menggunakan kacang tolo ini. Antara resipi yang boleh dibuat dari kacang tolo ni ialah Jangan Santen, Sambel Goreng Putih, Sambel Goreng Jawa Pedas dan banyak lagi.

SAMBEL GORENG PUTIH KACANG TOLO


Bahan-bahan:
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan kacang tolo – rendam setengah jam dan rebus empuk, toskan
2 biji tempe – potong dadu & goreng
2 biji tauhu – potong dadu & goreng
30gram suhun – rendam sekejap
30gram fucuk – rendam sampai lembut
10 ekor udang segar medium – buang kulit
2 biji cili merah – hiris
10 biji cilipadi – hiris
6 biji bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1/4 inci halia – hiris
2 batang serai – hiris
1/1 inci belacan
Garam, merica (lada sulah) dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan 1 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris hingga layu dan wangi.
2. Masukkan udang dan belacan, tumis beberapa minit lagi.
3. Masukkan fucuk, suhun, tempe goreng, tauhu goreng dan kacang tolo rebus. Kacau sebati.


4. Tuang santan dan didihkan dengan api yang sederhana hingga semua bahan sempurna dan kuah memekat.
5. Tambah garam, merica (lada sulah) secukup rasa. Tambah sedikit gula untuk seimbangkan rasanya. Hidangkan.

*selain udang, boleh juga guna paru goreng, hati dan pedal ayam goreng, udang kertas yang kecil2 dan digoreng atau hirisan daging goreng.
*kuantiti cili boleh ditambah jika suka pedas.
*boleh tambah daun salam atau daun limau purut jika suka (untuk bau yang harum)
Kredit: Sue M Arukin

IKLAN