Sambal Terung Bakar Resipi Dari Mak. Bahan Mudah & Rasa Pun Sedap

Share

Pernah cuba menu Sambal Terung Bakar? Menurut saudari Intan Nur Shazira, beliau pertama kali merasa hidangan ini bila dimasak oleh ibunya. Resipi yang sangat mudah nak disediakan. Rasa pun sedap. Jadi bagi anda yang ada bahan-bahan ni di rumah, bolehlah cuba masak. Senang sangat-sangat. Sesuai dinikmati bersama nasi putih hangat. Jom lihat cara-cara penyediaannya.

RESIPI SAMBAL TERUNG BAKAR

BAHAN-BAHAN:
1 biji terung ungu panjang


2 biji cili padi – lebihkan jika suka pedas
Ikan bilis secukupnya beli online disini
1 inci belacan beli online disini
Gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Bakar terung hingga hangus kulitnya. Boleh bakar terus menggunakan dapur gas supaya cepat.


2. Rupa terung yang telah dibakar. Bila sudah siap, letak terung di dalam bekas dan tutup. Biarkan terung mengeluarkan wap.


3. Rupa terung yang telah disejukkan.


4. Buang kulitnya hingga jadi seperti ini. Ketepikan.


5. Tumbuk cili padi hingga lumat. Jika suka rasa sambal yang lebih pedas, lebihkan jumlah cilinya.


6. Bila sudah lumat, masukkan ikan bilis yang telah dicuci bersih. Tumbuk hingga separa lumat.


7. Tambahkan belacan. Tumbuk lagi.


8. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk berisi terung tadi. Terung boleh dipotong kecil supaya mudah ditumbuk.


9. Tumbuk manja supaya semua bahan rasa. Jika lesung anda besar, boleh tumbuk dalam lesung sahaja.
10. Bila sudah lumat, perasakan dengan garam serta perasa aji dengan secukupnya. Gaul rata.


11. Sambal Terung Bakar siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Intan Nur Shazira

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN