Makan

Sambal Telur Rebus Sedap, Resipi Ringkas & Mudah Kegemaran Ramai

Share

Sedapnya Sambal Telur Rebus ni. Lauk yang sangat ringkas tapi mempunyai rasa yang enak dan digemari ramai. Bukan sahaja orang dewasa yang gemar, malah kanak-kanak juga menyukainya.
Cara memasaknya juga sangat ringkas. Kepedasan boleh diubah suai ikut selera masing-masing. Jika suka pedas, lebihkan cili padi. Jika nak yang kurang pedas, guna cili merah dan lebihkan tomato serta bawang. Mudah sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Roha Adrinna

ni. Anda pasti puas hati.

RESIPI SAMBAL TELUR REBUS YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
3-4 tangkai cili merah
10-15 biji cili padi merah & hijau
1-2 biji bawang merah besar – beli online disini
4-5 ulas bawang putih – beli online disini
1 biji tomato
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1.Rebus telur hingga masak. Kemudian kupas kulit dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2.Kisar cili merah, cili padi, bawang putih, bawang merah dan juga tomato hingga lumat.
3.Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul sebati.
5. Masukkan sedikit air supaya sambal tidak terlalu kering.
6. Seterusnya masukkan telur. Gaul sebati hingga sambal bersalut sempurna.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Roha Adrinna

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN