Sambal Pucuk Ubi Goreng, Sedap Hingga Menjilat Jari

Share

Pucuk ubi kalau dicicah dengan sambal belacan dimakan pula dengan nasi panas-panas, memang takt oleh kiri atau kanan. Sedap bukan kepalang. Selain dijadikan ulam, sambal pucuk ubi goreng pun buat anda menambah makan. Menu ini merupakan menu lejen di Negeri Sembilan.Jom cuba buat ikut resipi perkongsian saudari Farhadina Halim.

SAMBAL PUCUK UBI GORENG

Bahan-bahan

Pucuk ubi( ambil daun sahaja)

Ikan bilis

Tepung beras

1 atau 2 biji bawang besar

Belacan

1 keping Asam keping

Cili kering

Cara memasak:

  1. Pucuk ubi ambil daun sahaja dan buang tangkai. Basuh bersih-bersih dan toskan sampai daun kering.

  1. Tujuan nak bagi kering supaya tak meletup masa goreng dalam minyak panas. Minyak untuk goreng kena cukup dan betul-betul panas. *Pakai minyak yang sama sehingga siap masakan.

  1. Goreng sehingga garing. Nak tahu garing ke tak, boleh tengok warna daun dah bertukar.

  1. Kemudian, campurkan ikan bilis dengan tepung beras.

  1. Bawang besar 1 atau dua labu. Dihiris halus

  1. Bakar belacan. (Agak-agak sahaja) dan sediakan asam keping sekeping sahaja

  1. Sediakan cili kering yang dikisar kering. Pastikan rebus dahulu cili kering dan potong halus

  1. Goreng ikan bilas sehingga garing kemudian toskan.

  1. Tumis bawang menggunakan minyak ikan bilis tadi.

  1. Masukkan cili kisar, belacan, asam keping dan masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

 

  1. Tutup api dan masukkan pucuk ubi yang dah digoreng bersama ikan bilis. Gaul hingga rata.

12.Dah siap. Boleh makan dengan nasi putih dan kicap.

Kredit: Farhadina Halim

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN