Sambal Nasi Lemak Tak Pedas Untuk Anak. Daun Pandan Rahsia Bangkit Aroma

Share

Sambal nasi lemak tak pedas untuk anak. Daun pandan rahsia bangkitkan aroma.  Cuti sekolah dah tiba lagi. Seronok bila anak-anak ada di rumah. Mak-mak nak masak pun lebih bersemangat.

Nasi lemak memang kesukaan ramai termasuk anak-anak. Tapi kadangkala sambal yang pedas membuatkan anak-anak tak boleh makan. Kali ini di kongsikan resipi sambal nasi lemak yanf tak pedas, khas untuk anak-anak. Aroma sambal ini sungguh wangi bila dimasukkan daun pandan di dalamnya. 

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh

ini ye. Selamat mencuba!

Resipi Sambal Nasi Lemak Tak Pedas

Bahan-bahan:

½kg ikan bilis (kopek) – boleh beli online di sini

1 mangkuk cili kering kisar – boleh beli online di sini

10 ulas bawang putih  – boleh beli online di sini

4 labu bawang besar (dikisar)

1 ketul belacan (kisar) – boleh beli online di sini

Segenggam ikan bilis (dikisar dengan belacan) 

Daun pandan

3 sudu besar sos cili – boleh beli online di sini

4 keping nise atau gula Melaka – boleh beli online di sini

3 sudu besar sos tomato – boleh beli online di sini

2 keping asam gelugur – boleh beli online di sini

3 labu bawang dipotong bulat

Sedikit Ajinomoto – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Panaskan minyak. Lebihkan sedikit minyak agar sambal kita tahan lebih lama. Masukkan daun pandan,  tumis sehingga naik bau.

Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar.

Masukkan juga belacan dan ikan bilis yang dikisar. Tumis bahan sehingga naik bau dan warna keperangan. Masukkan asam keping.

Setelah itu masukkan cili kering kisar. masak sehingga pecah minyak. Masukkan terus nise biar mencair dalam sambal. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kemudian perasakan dengan ajinomoto. Gaul sebati.

Masukkan ikan bilis dan bawang yang dipotong bulat serta biarkan sambal mengelegak dan perlahankan api. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Kacau dan tunggu sehingga sambal pekat dan masak. Sambal pecah minyak bila cukup rasa masin dan manisnya. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN