
Sambal Nasi Kak Wok sememangnya sangat sedap dan diakui ramai penggemar makanan pedas. Kombinasi rasa sambal yang pedas, masam dan manis menjadikan sambal ini cukup seimbang dan menyelerakan. Tidak hairanlah jika sambal ini sering menjadi pilihan utama untuk hidangan nasi berlauk.
Menariknya, sambal ini sangat versatil. Ia bukan sahaja sedap dimakan bersama ayam goreng rangup, malah sesuai juga dicicah dengan ikan goreng, telur dadar, tempe goreng mahupun ulam-ulaman segar. Sekali rasa, memang susah nak berhenti.
Bagi anda yang gemar menyediakan stok sambal sendiri di rumah, resipi Sambal Nasi Kak Wok ini sangat sesuai untuk dicuba. Bahan-bahannya mudah diperoleh dan cara penyediaannya juga ringkas. Saudari Dilla Nazri ada berkongsi resipi yang terbukti menjadi dan mendapat maklum balas positif daripada ramai yang telah mencubanya.
Untuk pengetahuan, Sambal Nasi Kak Wok ini akan menjadi lebih sedap apabila disimpan semalaman. Lagi lama sambal diperap, lagi sebati perisa pedas, masam dan manisnya. Sambal ini sesuai dijadikan stok dan boleh bertahan beberapa minggu jika disimpan dengan betul.
Jika anda gemarkan rasa yang lebih pedas, bolehlah menambah kuantiti cili padi mengikut selera. Bagi yang kurang tahan pedas pula, kurangkan sedikit cili kering atau cili padi tanpa menjejaskan keenakan keseluruhan sambal.
Resipi ini sangat sesuai untuk anda yang berniaga atau sekadar ingin menikmati sambal ala kedai di rumah sendiri. Dengan rasa yang padu dan bahan yang ringkas, tidak mustahil sambal ini menjadi kegemaran seisi keluarga.
Kredit resipi & idea asal: Dilla Nazri.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: