Sambal Lado Telur Goyang,Menu Simple Paling Padu

Share

Paling mudah buat ialah menu ni. Sambal Lado Telur Goyang. Lauk ni satu pun untuk makan tengah hari dah memadai, sehari satu resepi.Makan dengan nasi panas,goreng ikan masin gelama, renjis kicap. Aduhai selera makan menjadi-jadi.

 

Sambal Lado Telur Goyang

Bahan-bahan:

3 biji telur-pecahkan dekat mangkuk

1 senduk minyak

1 sudu besar gula

Sedikit air asam jawa

Garam & perasa secukupnya

 

Bahan-bahan tumbuk:

15 biji cili padi

2 ulas bawang merah kecil

1 ulas bawang putih

Sedikit ikan bilis-tumbuk halus

½ labu bawang besar-hiriskan

 

Cara memasak:

1.Tumis dalam 1 senduk minyak bahan-bahan tumbuk tadi.

2.Tambah gula.

3.Biar sampai garing sikit.

4.Air asam jawa sikit bancuh masuk dalam lesung.

5.Tuangkan telur di 3 bahagian kuali, ketepikan sikit  bumbu tu, tuang air dari dalam lesung tadi.

6.Tutup pakai tutup periuk kira 1-10 minit.

7.Buka dan letak garam dan perasa.

8.Siap untuk dihidang.

Kredit: Azlina Ina Fans

IKLAN