Sambal Jahat Terung Pipit, Pedas Menyengat. Padu Makan Dengan Nasi Panas!

Share

Sambal Jahat Terung Pipit bukan sekadar nama — rasanya memang jahat betul! Pedasnya menyengat tapi cukup nikmat bila digaul dengan nasi panas dan ikan goreng rangup.

Keistimewaan sambal ni terletak pada terung pipit, sejenis sayur kecil yang memberi rasa sedikit pahit tapi seimbang dengan pedas dan masin sambal. Gabungan ni yang buat ramai ketagih sampai tambah nasi!

SAMBAL JAHAT TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN:

4 biji bawang merah
5 ulas Bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
10 biji cili padi (campur merah dan hijau)
1/2 cawan terung pipit
1 inci belacan
1/2 cawan Ikan iblis
Garam/ gula / serbuk perasa
2 biji limau nipis

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

Tips Tambahan:

  • Nak sambal lebih pekat, boleh tambah sedikit isi ikan bilis tumbuk.

  • Untuk versi lebih aroma, masukkan sedikit jus limau kasturi sebelum hidang.

  • Kalau nak tahan lama, goreng sambal hingga betul-betul garing dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sambal ni memang mantap dimakan dengan:

  • Nasi putih panas-panas 🍚

  • Ikan goreng, telur dadar atau ayam kampung goreng

  • Ulam-ulaman segar macam petai, timun dan daun selom

Walaupun nampak simple, sambal ni sebenarnya antara lauk kampung paling legend. Tak perlu lauk lain pun tak apa cukup sambal ni dengan telur dadar pun dah cukup menggoda!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin