Makan

Sambal Ikan Pari Kering Punyalah Sedap, Lain Dari Yang Lain

Share

Sambal ikan pari kering ini memang sedap. Cuma lauk ini dah jarang dibuat memandangkan ikan pari kering ini pun sukar diperoleh.

Tapi kalau terjumpa sila beli dan buat sambal ini. Sedapnya lain macam. Hidang dengan nasi panas dan ulam pun dah cukup. Tak perlu lauk banyak barulah menikmati keenakannya.

Resipi sambal ikan pari kering

Bahan-bahan

Ikan pari kering (nipis lebih sedap & cepat garing)
1 biji bawang besar – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
5 sudu makan cili kering kisar
Garam secukup rasa (ikut masin ikan kering)
Sedikit serbuk perasa(jika suka)
Minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.

2. Masukkan ikan pari kering yang sudah dibasuh bersih. Goreng guna api kuat hingga garing.

3. Angkat ikan pari yang dah garing, ketepikan.

4. Kurangkan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris sampai naik bau.

5. Masukkan cili kering kisar, tumis sampai pecah minyak dan betul-betul garing.

6. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa

7. Akhir sekali, masukkan semula ikan pari goreng tadi. Gaul rata sampai sambal serap cantik.

8. Siap! Sedia dihidang panas-panas dengan nasi putih.

Tip Ekstra

  • Boleh tambah hirisan bawang besar mentah di akhir sekali kalau suka rasa manis segar bawang.
  • Kalau suka sambal lebih berkuah, tambah sikit air masa tumis cili.
  • Nak lagi umphh? Tumbuk sedikit ikan bilis goreng dan gaul sekali dengan sambal.

Kredit resipi & foto: Zizah Mizie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Published by
Rose