Sambal Hitam Versi Ada Tomato Pulak, Masam, Manis dan Pedas Sesedap Rasa.

Share

Sambal hitam memang ada banyak versi. Sambal Hitam Tomato ni cukup istimewa. Resipi perkongsian dari Rosmaliza Omar ni tak menggunakan belimbing buluh tetapi buah tomato ceri.

Menurut Rosmaliza membuat sambal hitam ni memang ambik masa sikit. Dia memasak sambal hitam tomato ini lebih kurang empat Katanyauntuk menyediakan sambal sampai betul=betul kering. Katanya ada rasa masam, manis dan pedas yang amat sedap dan secukup rasa.

Makan dengan nasi panas, takde lauk lain pun dah cukup sedap ni.

SAMBAL HITAM TOMATO



BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg tomato cherry

    • 300 gm ikan bilis dicuci bersih dan tumbuk kasar
    • 3 labu bawang merah besar
    • 3 genggam cili padi
    • 3 sdb kicap pekat
    • Garam, gula dan ajinomoto

Minyak utk menumis

CARA MEMASAK :
1. Masukkan buah tomato cherry dalam kuali dan masak tanpa minyak sehingga tomato lembik dan kering airnya.


.

2. Blend bawang merah besar dan cili padi hingga hancur, kemudian tumis sehingga garing.
3. Masukkan ikan bilis yg telah dicuci bersih dan ditumbuk kasar, gaul rata².
4. Masukkan tomato cherry tadi dan kicap pekat, masak sambal sehingga kering.


.

5. Sejukkan sambal dan simpan dalam bekas bertutup. Sedap makan dengan nasi panas.

KREDIT FOTO & RESIPI : ROSMALIZA OMAR

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI NI :

 

DAN JUGA RESIPI INI :

JOM TENGOK VIDEO NI :

 

 

 

IKLAN